post 9 :kisah cinta itu.

Bismillahirrahmanirrahiiim. 

ingin saya  kongsikan bersama kalian.


“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”

“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua. Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.

“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.

“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.

(kisah ini dipetik dari buku Jalan Cinta Para Pejuang - Salim A. Fillah)

* * *
Sedih kan kisah cinta Salman al-Farisi ini? Namun, akhlak yang beliau tunjukkan subhanallah...sangat hebat. Bayangkan jika kita yang berada pada posisi Salman, mampukah kita memberikan reaksi seperti beliau?

Salman mengajar kita, bahawa cinta tak harus memiliki. Dan hakikatnya, kita memang tak pernah memiliki apapun dalam kehidupan ini. Semuanya milik Allah.

Salman juga mengajar kita, akhlak seorang lelaki yang soleh. Itulah bukti akhlak Islamiyyah yang terbaik kerana akhlak itu adalah reaksi pertama kita terhadap sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Jika kita sedikit terkilan atau rasa hendak marah pada mulanya, dan kemudian barulah kita bersabar, itu bukanlah akhlak yang terbaik lagi. Salman benar-benar membuktikan ketinggian akhlaknya.

Salman juga mengajar kita, erti hidup pada memberi. Memberi tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimiliki. Salman memberi dengan penuh keikhlasan. Subhanallah...

Ya Allah, berikanlah kami ketinggian akhlak sebagaimana Engkau berikan kepada Salman al-Farisi...




:)

Semoga Allah redha ^ ^

post 8 : Petua supaya dicintai Allah (:

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Bahagia bukan andai dalam hidup ini, kita dicintai ? Apatah lagi jika yang menyayangi dan mencintai kita itu adalah Tuhan yang menciptakan kita.Raja segala Raja.


 Pastinya Allah akan sentiasa dekat dengan hamba yang menjadi kekasihNya dan sentiasa menolong dan membimbingnya ke arah keselamatan dan kebahagiaan, di dunia dan di akhirat.

Sebenarnya petua-petua untuk disayangi dan dicintai Allah ada di dalam al Quran. Saya akan membawakannya di sini untuk kita renungkan bersama.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri."
[al Baqarah:222]

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[ali Imran:31]

"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar."
[ali Imran :146]


"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya."
[ali Imran: 159]

"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."
[al Maidah: 93]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa."
[at Taubah:7]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil."
[al Mumtahanah:8]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." [as Saff :4]

Daripada ayat-ayat al Quran di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa untuk menjadi hamba Allah yang dicintaiNya, kita haruslah:

1. Sentiasa bertaubat dan mensucikan diri (zahir dan batin).

2. Sentiasa melakukan segala apa yang diperintahNya (melalui RasulNya) dan meninggalkan segala laranganNya.

3. Sentiasa bersabar.

4. Sentiasa bertawakkal.

5. Sentiasa berbuat kebajikan.

6. Bertaqwa.

7. Sentiasa berlaku adil.

8. Berjuang di jalan Allah dalam satu barisan.

.Sesungguhnya cinta Allah itu tiada tandingan.


Awak, cari cinta Allah ya. 
Pasti bahagia.

Ya Allah, kami mencintaiMu...


sumber :http://perjalananmukmin.wordpress.com

Semoga Allah redha ^ ^

post 7 : lubang itu


Bismillahirrahmanirrahiiim.

lubang itu. 
Andai baik, maka cahaya dan bahagia dalam lubang itu.
Andai buruk, maka gelap, sempit lagi sengsara dengan binatang2 berbisa nya dalam lubang itu.
Lubang itu boleh jadi satu taman dari taman-taman syurga.
Dan lubang itu boleh jadi satu lubang dari lubang2 neraka.
oleh itu...
WATCH OUT DENGAN TINDAK TANDUK ANDA DI DUNIA
kerana itu penentu anda di sana.
orang zaman sekarang kata, LU PK LA SENDIRI 
mahu lubang yg mana ?

_____***_____

Mati itu pasti. Hidup insya Allah.
Rasulullah ada cakap, org yg bijak ialah orang yg dah sedia untuk menghadapi kematian.
Anda? sudah bersedia ke belum? 
Bila mahu berubah?
sila kembali kepada Allah.
selagi peluang itu masih di buka.
kerana anda begitu berharga (:

Semoga Allah redha ^ ^