Hidup kita

Bismillah.




Tersebutlah al kisah. Seorang naqib berpesan kepada ahli usrahnya. Tentang hidup kita.
Dengan bersahaja dia melontar kata, yang terbit dari lubuk jiwa.
Hidup ini bukan untuk yg hidup,
Tapi Hidup ini untuk Yang MahaHidup,
Kita hidup bukan untuk mati,
Tapi kita mati untuk kita hidup

Lantas beliau menerangkan setiap baris kata-kata beliau itu diselang seli dengan lawak-lawaknya yang cukup bersahaja.

Sebenarnya, kata-kata tersebut telah berulang kali saya baca dan dengar. Malah telah melekat di dalam memori. Namun entah, kali ini baru terasa tusukannya. Bagai hati baru terbuka dari segala yang menutupinya.

Kalau hakikatnya, kita ini hidup hanya untuk Yang Maha Hidup dan kita mati untuk hidup semula di sisi Allah sama ada di syurga atau di neraka satu masa nanti, maka apakah ertinya kelalaian, keputus asaan juga ketidaksetiaan kita di dunia ini yang sebentar cuma ?

Kehidupan dan kebahagiaan kita yang sebenarnya, hanyalah di sisi Allah, apabila dapat bertemu dengan Nya, apabila Dia sudi bertemu kita di alam baqa' nanti. Itu pun, kalau Dia sudi. Jika tidak? ...

Maka yang harus kita sedari adalah tidaklah kehidupan di dunia ini, melainkan hanya untuk Allah semata-mata. Dan kita semua hakikatnya sedang menanti dan menahan rindu untuk dapat memandang wajah Nya.
Kita hidup untuk itu. Untuk Dia. Untuk Dia Yang Maha Hidup !


Wa Allahu A'lam.


Semoga Allah redha ^ ^

Murabbi.


Bismillah




Dalam menyambut hari guru, pada kelazimannya anak2 didik akan memohon maaf kepada murabbi-murabbi mereka. Kan ?...  Tetapi, mungkin ada yang terlupa bahawa sebenarnya, bukan anak2 didik sahaja yang memerlukan kemaafan. Bahkan hakikatnya, guru2 juga sedang mengharap akan kemaafan daripada semua anak-anak didik mereka. Maka, wahai yang memiliki nurani, hadiahkanlah murabbi-murabbi mu, dengan ikhlasnya kemaafan.

Kata salah seorang murabbi saya :
meniti mas'a berulang alik
sedang terang walaupun gelap
masakan dikau tiada terdetik
guru punya salah dan silap

ma'sum terpelihara milik baginda
sedang guru insan biasa
salah tingkah jua bicara
usah dibiar begitu sahaja

 
Buatmu guruku ...

Laula murabbi, ma araftu rabbi - 'Kalau tanpa guru, tidak ku kenal Tuhanku' .
(Dipetik daripada perumpamaan arab)

------ ----- -------

(Jom selawat banyak2. Bukankah Rasulullah itu murabbi kita?)

Mungkin... Rasulullah kini jauh di mata, justeru untuk selamanya, kukuhkanlah cinta baginda di dalam jiwa.

Dan akhirnya, semoga muslim di Palestin jua Syria dan di seluruh dunia fi mardhotillah wa fi amanillah.
Semoga Allah redha ^ ^

Cita

Bismillah.




Saya bertanya pada si fulan. Apa cita-cita mu setelah dewasa nanti?
Tenang, dia membalas. Saya mahu jadi orang yang merendah diri. Dia tertawa.

Jawapan si fulan itu menyentak sekalian kebutaan hati saya untuk kembali celik. Kembali menggerakkan otak untuk berfikir.
"Merendah diri?"

Merendah diri sebagai cita-cita? Tapi jika difikir semula, betul juga ya.
Orang yang merendah diri, tidak bererti rendah juga pada tahapnya berbakti.
Merendah diri, yang tinggi bakti. Bukan mudah. Cita-cita yang bukan mudah.

Apa-apa pun, saya meyakini, orang-orang yang merendah diri ini nanti, tetap akan ditinggikan oleh Ilahi.
Mulia di sisi Allah. Bukankah itu apa yang kita impi?


(Semoga saudara2 seislam kita di Syria jua Palestin, juga di seluruh dunia, fi Mardhoti wa fi Amanillah)


Semoga Allah redha ^ ^