kepatuhan matahari.

Bismillahirrahmanirrahiiim.


Hish! Panas nya hari ni! Matahari punya pasal la ni !
'''
Matahari . engkau punya pasallah kulit aku gelap!
'''
Matahari ! lebih baik engkau tiada! Buat panas je. grrrrrr.;.;.;
'''
Dan hinaan yang sewaktu dengannya.

Begitulah saban hari matahari dicerca. 
Tanpa di peduli Keindahan di sebalik teriknya.
Di cerca dan terus di cerca.

SeTOPP !
Kerana itu kadang2 kita harus berhenti.
Muhasabah kembali.
<>
Matahari itu sungguh patuh hakikatnya.
Di cerca di caci dan di maki.
Namun tetap tegak di atas sana.
Patuh kepada perintah Tuhan nya walau perit di hina.
Tabah dan redha nya laah matahari tuu kan ?
Kitaaa?
~~~
Cuba bayangkan sehari tanpa matahari.
Maacam manaa tuuuu?
Tiada cahaya ",?
Jadi.
Berhenti sejenak.
dan katakan.
Subhanallah ! Terima kasih Allah untuk matahari hari ini ...
''''
Subhanallah.
Maha Suci Allah Yang Mencipta Matahari.
Allah mahu kita belajar dari matahari. 
Dan matahari itu hakikatnya, Sebuah mercu yang dihadiahkan Allah agar kita ingat Pada Nya Bila kita Lupa.
Boleh jadi ia penghibur.
Boleh jadi juga matahari itu kifarah dosa, apabila kita bersabar dengan teriknya~
Mungkin, bila kita renung semula, sebenarnya, matahari itu rupa-rupanya comeL :D








Semoga Allah redha ^ ^

Berpisah sementara cuma.

Bismillahirrahmanirrahiiim.


-warga 3 Ikhlas-


Kita telah ditakdirkan untuk berpisah.
 Tapi hanya sementara sahaja.
 Begitu ku berharap.
Insya Allah, tidak akan ku lupa pada kalian. 
Aku masih menanti saatnya nanti kita akan bertemu kembali. 
Saat yang pasti begitu indah. 
Di hadapan Allah yang kita sama-sama cinta, kita bertemu kembali. 
Engkau tersenyum, aku juga tersenyum dan Allah juga tersenyum. 
Pada saat itu, Allah telah redha dengan kita dan kita pun jua redha dgn Allah.
 Dan, Allah berjanji pada kita bahawa Dia tidak akan murka pada kita untuk selamanya. 
Ya, di situ juga ada Rasulullah, tersenyum dengan wajah indah. 
Di syurga. Ku harap kita bertemu kembali di Syurga.
Yang dikasihi, jagalah dirimu dari murka Allah.
Auratmu, hati mu. Ikhtilat hubungan antara llki dan perempuan ,juga solatmu.
Jaga diri kalian.
Aku dan kamu harus berjuang di dunia. Agar kita tidak menjadi golongan asing di hari akhirat kelak.

Tidak mengapa kita berpisah sementara di dunia. 
Mungkin itu yang terbaik. Allah Maha Tahu.
Mungkin kalian tidak peduli berpisah denganku. Namun...
Sungguh, aku mencintai kalian. Aku mencintai kalian...

Semoga cinta Allah bersama kita. Fi Amanillah~

Ya. Aku mahu belajar mencontohi kepatuhan sang matahari. 
Perpisahan sementara ini harus ku patuhi. Seandainya itu yg Allah kehendaki.

untukmu,
3 Ikhlas, 
Fillah ...


Maafkan saya.
kamu...


Hasif . Ahmad Raziqin . Muhammad Afif . Mohammad Afizuddin . Azmierul Fitri.  Muhammad Yusuf .  Muhammad Fairuz . Faizul . Azizan . Muhd Faizudin . Huzaifah . Faez. Nasha . Amin . Fauzan . Luqman . Hamzi . Fadhlul Amin . 

Majriatul Huda . Azizah . Halimatus Saadiah . Husna . Haziqah . Munirah Abbas . Darin . Aida . Wan . Qurotu . Erfah . Asyiqin . Munira Hayati . Syafiqah . Nadia . Syahirah . Mia . Husna Malek . Siti Nor Amnah.




Terima Kasih Allah . 

Semoga Allah redha ^ ^

kerlipan cintaku

Bismillahirrahmanirrahiiim.



Biar di jemala mentari
Dan di bahu gunung berapi.
Pasrah ku abadi untuk Mu.
Untuk Mu .

-kerlipan cinta-
kudamba kasih Nya.

Semoga Allah redha ^ ^

Palestina.

Bismillah ...



Khalil Ismail al Haya, Ketua Whip HAMAS berkata :

Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.

Kami telah di pilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan nempertahankan Masjid Al Aqsa.

Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat islam di seluruh dunia untuk mewakili umat islam 
di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada Al Aqsa, kiblat pertama 
umat islam dan juga masjid ketiga suci mereka.

Kami juga telah dipilih Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.

Selama lebih 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama itu  juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.
Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan LAILHAILLALLAH dan mempertahankan bumi dan masjid kami.

Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid.

Kami akan terus memastikan prinsip islam akan terus dijulang.

Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan.

Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.

Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua.


Konklusi : Kita semua punya tanggungjawab terhadap PALESTIN !


Semoga Allah redha ^ ^

entah




Dalam menakung sayat begini.
Mahu berkongsi melerai sengsara.
Bila berpusar sepintas kata.
Ada cerita yang lebih derita.
Mencarik sisi pandangan.
Ini cuma cebisan dugaan.
Menilai kesabaran.
Meneguh keyakinan.
Dia tidak pernah pergi.
Melainkan diri yang lari.

Semoga Allah redha ^ ^