Kebun ros itu

Bismillah..



Dulu, 
kau, tiba-tiba bercerita kepadaku.
Dari kisah hidupnya kau peroleh kebaikan. 
Dulu, 
kau bilang padaku, 
kau cemburu dengan amalnya.
Katamu, 
dia lebih baik daripada diri kamu. 
Katamu, 
beruntung nya menjadi seperti dia berbanding diri kamu.

Kini, dia, tersungkur di bawahmu.
Kini, dia, kesakitan tanpa siapa tahu.
Kau dan dia, kini jauh berbatu batu.
Kau baik-baik di sana dia masih di situ.

Apakah, kau telah melupakan dia?
Apakah, kau tegar meninggalkan dia?
Atau apakah, kau masih tetap dan setia mendoakan dia?

Dia. 
Sahabat mu dahulu kala,
yang kini bersendiri berjuang bersama luka-luka,
Terkapai-kapai di arus dunia yang menyilaukan mata..
Hingga tidak terlihat di manakah jalan menuju Redha Allah kita.  

Padanya, 
tidak kah engkau rindu?

Apakah, 
Kau masih ingat?

Semoga, 
kau tidak lupa.
Kebun ros itu.

Semoga Allah redha ^ ^