Dua perkara.

Bismillah.


Alam bawah minda.
Bouganvilla putih tersenyum. Keindahan menyapa alam. Sambil meneguk sinar mentari bagi menyelesaikan proses fotosintesis, melodi indah menggema situasi. Bougainvilla putih berzikir. Dia mahu mengajak manusia berzikir sama. Namun, apakan daya. Zikir si Bouganvilla putih hanya sepi, menjadi rahsia alam buana. Kerana dia hanyalah tumbuhan tanpa suara.

Alam seolah bergemuruh dengan tasbih. Bahagia meliputi bumi. Sang kerengga menari keriangan. Mereka menjadi saksi ketabahan si ibu berhati putih dalam menjalani kehidupan demi cinta Tuhan.

Alam manusia.
Anak itu membenci ibunya. Entah mengapa. 

Ibunya tersenyum. Dia tahu anak nya membenci. Kekasaran anaknya menzahirkan api benci itu.
Namun. Hatinya selalu mendendangkan doa buat anak tersayang. Penuh kelembutan. 
'Ya Allah yang Maha Kasih Nya. Kau jadikanlah anakku itu zuriat yang soleh. Mudahkanlah urusannya. Aku mencintainya. Rahmatilah dunia dan akhirat nya'. Tulus doa itu mengalir. Menyejukkan qalbu sang ibu.


_______________________________________________________________________________

'M' Sahabat ibu : Aku pelik. Anak engkau hina engkau sebegitu rupa tapi kau tetap terlalu baik dengan dia.

Sang ibu :  Aku sayangkan dia M. Tugas ibu , adalah untuk meredhai anaknya walau apa yang anaknya         
                   lakukan. Kalau anakku di akhirat nanti dibangkitkan sebagai anak derhaka, maka aku juga akan     
                  dibangkitkan sebagai ibu yang derhaka kerana tidak pandai mendidik anak dan kurangnya doa 
                   untuk sang anak. Aku tidak kan berhenti mendoakan dia. Aku mahu dia menjadi anakku yang  
                   soleh.

M  : Besar sungguh ujianmu sahabat. Tapi aku menjadi semakin pelik. Bagaimana engkau masih tegar dan    
        sabar dengan kelembutan mu?

Sang ibu  :  Lupakah kamu pada sabda Nabi yang menghiburkan, 
                   ' Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT menghapuskan segala  
                      kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak  
                      disangka'. 
                    Tenang sang ibu membalas.


_________________________________________________________________________________

Coretan : 
Di sini. Saya ingin mengetengahkan tentang peranan seorang ibu dalam menjadikan zuriatnya hamba yang Allah redhai. Doa dan kesabaran juga kelembutan ibu terlalu penting. Apabila telah redha seorang ibu itu terhadap anaknya, maka Insya Allah redha Allah turut bersama si anak. Maka ibu memainkan peranan yang amat mustahak demi kemaslahatan anaknya. Semoga mama ku redha denganku. Begitu juga dengan mu yang membaca.

Perkara kedua yang ingin saya paparkan, mengenai kelebihan istighfar~

Semoga Allah izinkan saya untuk menjadi hamba Allah, anak, ibu dan juga isteri yang solehah. 
Begitu juga kamu bagi muslimah.
Bagi muslim pula, semoga menjadi hamba Allah, anak, ayah dan juga suami yang soleh ~
okay. Bai . Assalamualaikum ~
Orang kata, kalau guna bye, bawah yesus ke yahudi ke macam tu lah kan. Saya sendiri pun kurang pasti. Jadi, saya guna 'bai' Bawah Agama Islam . Boleh kan.  /^ _^\
                    


Semoga Allah redha ^ ^

Usrah.

Bismillah.



Usrah.
Sy bertanya pada mereka. Apa itu usrah? Mereka yg masih malu2 hanya menggeleng sambil bibir menggaris senyum. Oleh itu para naqib dan naqibah. Terangkanlah pada ahli usrahmu, tentang apa itu usrah dan tujuannya. Kerana jika tidak, mereka akan menjadi manusia-manusia yang blurrr# 
Usrah itu umpama keluarga yang di dalamnya wujud kasih dan cinta yang berpaksikan Allah sebagai tujuan.
Menjadi sebuah keluarga yang bergerak kerana dan untuk Allah. Keluarga yang saling membantu mengislahkan ummah di seluruh dunia.


Untukmu naqib naqibah yang terpilih.
Usrah itu bukan sekadar memberi tazkirah dan seterusnya kosong.Usrah itu untuk menyentuh hati- hati yang telah lama lena untuk kembali jaga dan memenuhi piala hati mereka dengan cinta Allah dan Rasul Nya.

Usrah itu memberi harapan kepada para pendosa bahawa Allah itu Maha Kasih Nya.

Usrah itu untuk mendamaikan hati mereka dengan berita bahawa mereka tidak sendiri kerana Allah selalu bersama. 

Usrah itu untuk menyentakkan hati yang telah dibutakan dengan jahiliyyah bahawa kita umat islam hakikatnya bersaudara. Palestin dan Syria tidak terus kita biar sendiri dan terus berdarah. 

Tak kenal, maka tak cinta. Untuk menarik hati mereka justeru, para nuqoba' perlu berhati besar, mesra, penuh kasih sayang dan menunjukkan bahawa kita mengambil berat tentang mereka yang berada dalam bulatan usrah kita. Misalnya, bila birthday, beri hadiah. Paling minima pun, ucapkan Happy birthday dengan wajah yang manis. Selalu tanya khabar. Belanja makan ke. Beri handout yg menguatkan jiwa. Dan lain- lain yg boleh membahagiakan mereka. Anda kan kreatif . Eleh. Sy tahu.
Ya. Sayangi mereka.

Hubungan dengan Allah, perlu kita kuatkan. Dan setelah usaha menyebar dakwah, penyerahan sepenuhnya kepada Allah adalah sangat penting. Bukankah Allah yang memberi ' Hidayah' kepada hati mereka?

Jayakan usrahmu. Jangan biar usrah itu menjadi sesuatu yang sia-sia. Dan ...
Jgn lupa usrah kandung dekat rumah tuuu. 

Allah telah memilih kamu. maka ayuh kita bangkit dan menjadi naqib, naqibah yg Allah redha. Yang bergerak dengan jiwa yang penuh cinta~ 
Ya. Ini peluang kita untuk membantu agama. 
Peluang untuk sahut seruan Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّـهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّـهِ ۖقَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّـهِ ۖ فَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِين ﴿١٤

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (14)

As Saff .Ayat14. Juz 28










Semoga Allah redha ^ ^

Pandang.

Bismillah.


Bismillah.
Berjalan di atas bumi.
Di bawah langit.
Dengan takdir hidup yang ada di tangan Nya.
Dan. Saya bahagia.

Bila kamu jalan.
Bila kamu duduk.
Bisikkan dalam hati.
Allah. Pandanglah hamba.
Allah pandang kita?
Haha. Bahagia. Kan.



Semoga Allah redha ^ ^

End

Bismillah.



Semoga Allah redha ^ ^

Rasa

Bismillah.

“Ku sampaikan melalui rasa, walau engkau jauh pasti kan terasa, kerana hati bukanlah kata-kata"
Dengan mu. Aku memilih untuk berbicara melalui rasa.

Terasa? 

Jangan biar hati rapuh. Kuatkan hati. Allah kan ada. 

#tak faham. Tidak mengapa.#

oh Allah. Peliharalah rasa. 



Semoga Allah redha ^ ^

kopi dan pasta.

Bismillah.




              Show them the beauty when we take islam as our way of life~ 
May you, me and them in peace and Allah's blessing.  
  
Islam and ibadah is not only on your prayer mat.
Islam and ibadah is our whole life.
  Make them happy. Correct your personality. It is ibadah.
Dont stop your good deeds.
Dont stop hoping for Allah's love and blessing.
Dont stop.
Walk on your life. Dont stop.
Walk with charity.

When looking on you.
People. Scan. Save. Copy and paste ~


                                                        

Semoga Allah redha ^ ^

Kalam sakti.

Bismillah.


“Uusiikum bis salati,wa maa malakat
aimanukum,peliharalah solat dan
peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
                                                                                
                                                                                 

Jiwaku terhunjam kalam-kalam sakti.  SubhanaKa Ya Rabb.


Kamu tahu ? 
Seseorang itu akan berada bersama orang yang dicintainya. Di akhirat nanti.
Mari kita kembali. Muhasabah diri. Di mana cinta kita letakkan.
Dan. Semoga Allah merahmatimu. Yang membaca.


Semoga Allah redha ^ ^

Be strong bro

Bismillah.

Untuk awak.
Kamu pernah mengadu. 
Hatimu tertusuk.
Perit menebrak hingga ke jantung.
Hatimu hilang. Di bawa pergi.
Matamu berkaca.
Dan. Saya hanya diam. 
Minda kosong.
Mungkin juga sekosong hatimu.
Hati saya. 
Mungkin lebih parah.
Tercalar dengan dosa.

Awak.
Seperti biasa. Di alam maya. Saya mencari.
Dan dengan izin Allah. Saya berjumpa.

' Bukanlah Allah tidak tahu retaknya hatimu. Tapi Allah Maha Tahu. '
Hati yang retak begini. Lebih lunak untuk menerima cahaya Nya. Cinta Nya.

Maka dengan kekuatan yang masih ada. Saya ingin menyatakan.
Awak. Awak beruntung.
Berbahagialah ~

Jangan sirnakan percayamu pada Allah.
Allah yang ciptakan kita. Maka Dia Maha Tahu apa yang perlu ada pada takdir kita.
Dan semuanya demi Cinta Dia.
Demi Cinta~

Nah. 
Untuk awak yg membaca.


Apa pun yang berlaku.
Be strong bro.
Dugaan kita mungkin besar.
Tapi Allah kan Maha Besar.
Kepedihan. iTu juga tanda Allah sayang. Kan.

Semoga Allah redha ^ ^