Doa.

Bismillah.





Semoga Allah redha ^ ^

Menembus masa hadapan.

Bismillah.


Segala puji untuk Allah dan selawat dan salam untuk Rasulullah, keluarga serta sahabat baginda~ Cinta yang mengalir setenang sungai Nil buat semua muslimin dan muslimat yang masih Allah izinkan bertebaran di muka bumi yang sudah terlalu tua. yang bakal musnah.
Atas takdir Allah, saya disempatkan untuk berbual bersama seorang ibu yang saya gelarkan sebagai mak cik x. Ya. Entri ini tentang perbualan kami~
Dengan pandangan matanya yang redup, mak cik itu membelai hati saya dengan nasihatnya. Bayu bertiup. Tenang. Seolah-olah bayu itu turut mendengarkan bicara saya dan mak cik. Saya, bahagia.

Antara pesan mak cik pada ku.
Anakku, apabila kau sudah dewasa, sudah bersuami, sudah punya anak, bimbingilah anakmu itu sebaiknya. Anak itu, aset ke syurga. 

Nanti, pesan pada suami mu, lazimkan solat jemaah dan tazkirah selepas solat. Kerana itu, kekuatan jiwa.

Nanti, bila kamu sudah dikurniakan zuriat, didiklah dia dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Jangan dimarahi. Seandainya dia berbuat silap, tegur dia dengan menerangkan asbab mengapa dia tidak boleh berperilaku sedemikian. Dengan senyuman. Atas nama sayang. Baru nanti teguran itu akan sampai ke hati, bersama getaran cinta.

Nanti bila kamu sudah ada cahaya mata, dari kecilnya mereka, kisahkanlah pada mereka tentang perjuangan para sahabat, peribadi Rasulullah dan tentang luasnya kasih Allah. Biar nanti, dalam hati mereka, akan wujud cinta pada perjuangan dan ilmu. Dan paling penting, supaya mereka mengasihi Allah dan Rasul Nya, melebihi segalanya~

Baca Al Quran bersama suami dan anak. 

Anakku, nanti bila sudah berumahtangga, jangan malu untuk selalu menungkapkan kalimah cinta buat suami dan zuriat~ Mak cik selalu pesan pada putera makcik, bila sudah nikah, pujilah dan hargailah isteri. Kerana dengan itu, seolah-olah ada kuasa sakti yang memangkin isteri untuk menjadi lebih baik dan solehah.

Makcik itu juga ada beri satu formula. Macam ni, Suruh anakmu amalkan, setiap kali sebelum tidur, katakan dalam hati 3 perkara ini.
1- Allah bersamaku    2- Allah menyaksikanku  3- Allah memerhatikanku.
Biar nanti, anak2 kita akan merasai kehadiran Allah dalam setiap detik hidupnya.

Saya tertawa kecil. Geli hati. Dan seolah-olah makcik itu tahu apa yang bermain dalam hati saya, mak cik itu juga tertawa sambil berkata. Mak cik tak main-main nak, makcik tahu kamu masih setahun jagung di alam remaja, belum mula fikir soal rumahtangga. Cuma , ingat pesan makcik. Mulalah berdoa untuk kebaikan dan keelokan akhlak dan iman suami dan anakmu mulai sekarang. Kerana itu terlalu penting. 
Proses tarbiah dan didikan keluargamu bermula dari sekarang. Dari zaman remajamu. Perelokkanlah akhlakmu sebagaimana kamu mahu anak kamu berakhlak. Dan pernikahan itu, bukanlah soal yang mudah. Di dalamnya penuh tanggungjawab. Tanggungjawab yang membawa keluarga itu ke syurga. Rumahtangga untuk Allah. 
Jadikan keluargamu, keluarga yang bermanfaat untuk islam serta dunia dan seisinya. Keluarga yang sangat mencintai Allah dan Rasul Nya. Oleh itu, kamu harus didik diri, suami serta zuriat dari sekarang. Kamu harus belajar dari sekarang~ Dan ingat, segalanya demi Allah.  Mak cik itu tersenyum simpul. 

Eh. Ayah saya sudah sampai. Maka, perbualan hangat itu perlu berakhir. Saya menyalami mak cik itu dengan ucapan terima kasih dan pulang ke rumah dengan senyuman yang tidak mahu berhenti. Saya cuba berhenti tapi senyum itu makin melebar pula. Eh. Tak lebar sangat pun sebenarnya~ 

Dan saya menaip entri ini agar tidak lupa dan untuk berkongsi bersama kamu. Tidak salah kan sekali sekala kita menembus ke masa hadapan~  Cehhh :')

Semoga bermanfaat untuk iman kita. Assalamualaikum.








Semoga Allah redha ^ ^

Syukur.

Bismillah.


Terpujilah Allah ku. Allah mu. Allah kita. Hari ini, kita masih lagi diberi peluang untuk hidup kan?
Berhenti sebentar dan tersenyumlah seiring dengan ungkapan Alhamdulillah dan pujian yg tidak putus untuk Allah. Kamu nak tahu siapa yang paling suka di puji?  Jawapannya. jeng.jeng jeng~
Allah ~
Okay. Kembali kepada apa yg sebenarnya saya mahu taip. 
Dalam hidup ini, terkadang, terlalu banyak perkara yang berjalan tidak seperti yang kita mahukan.  Kan. Kenapa itu begitu , kenapa ini begini *###%7(7(**!  Terbitlah air mata. Menangislah hati. Tanda tidak puas hati.
Kemudian, Allah Yang Maha Kasih hadir dan dengan Kelembutan, Dia pujuk kita2 yang rasa begitu dan begini dengan Kalam Nya .

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ ﴿٧ 
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (7)

Surah Ibrahim.

                             Allah kata apa ?Jika kamu bersyukur Aku tambah. Aku Tambah. Aku Tambah. 
Semat itu dalam hati. 

 Mari kita gariskan senyuman dan jadi hamba Allah yang Bersyukur~


Semoga Allah redha ^ ^

Hari baru.

Bismillah.


Hari baru itu. Tanda Allah cinta. 

Tanda kita  masih diberi peluang.

Untuk berubah, menjadi hamba yang Dia cinta.








Semoga Allah redha ^ ^

Ujian itu.

Bismillah.
                      

Ujian itu. Semoga mendekatkan kita pada Pemilik Jiwa.
Lantas.
Mari kita angkat senjata paling ampuh.

Doa mengikis ragu menangkis bimbang. Doa penuh keajaiban~

Seandainya ujian itu ,
tentang sekolah, pendidikan.
Semoga ...


 Dan seandainya ujian itu 
Ujian hidup yang menggegar jiwamu.


Semoga kita sama-sama dapat melepasi ujian-ujian itu semua bersama redha Allah. 
Lantas menjadi manusia-manusia yang berjaya.

'Dan sesungguhnya orang sesiapa yang diselamatkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga.'
Sesungguhnya dia telah berjaya.

Begitulah berjayanya seseorang itu pada pandangan Allah di dalam Al Quran~


Kemudian. Kita menembus syurga untuk bertemu dengan Allah.
Allah yang kita semua tunggu-tunggu untuk melihat Nya~

“Bila penghuni surga telah masuk surga, maka Allah berfirman (kepada mereka): ”Apakah kalian ingin sesuatu untuk Kutambahkan? ” Maka mereka menjawab: ”Bukankah Engkau telah putihkan wajah-wajah kami? Bukankah Engkau telah masukkan kami ke dalam surga? Dan selamatkan kami dari api neraka?” Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: ”Maka disingkaplah Al-Hijab (tabir). Sehingga ahli surga tidak memperoleh sesuatu yang lebih mereka sukai daripada memandang wajah Rabb mereka Allah’Azza wa Jalla.” (HR Muslim 266)


Tamat .
Bahagia~

Semoga Allah redha ^ ^

Doa + cinta = Bahagia

Bismillah.
Kita mengambil cinta dari langit.
Lalu menebarkannya di bumi.
Sungguh di syurga, menara-menara cahaya menjulang.
Untuk hati-hati yang mencinta kerana Nya.


Tadi saya melihat seorang manusia menangis.
Meninggikan tangan dalam kerendahan hati memohon pertolongan Allah untuk ummah yang teluka.
Kerana ummat islam seluruhnya bersaudara.
 Dan yang saya lihat, alam dan seisinya seperti turut mengaminkan doanya. 
Subuh tadi begitu hening. Menyucuk kalbu.

Sedikit perkongsian.

‎" Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan ".




Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
 "Tidaklah seorang muslim berdoa kepada Allah subhanahu wa ta'ala, dengan permintaan yang didalamnya tidak terdapat dosa atau pemutusan silaturrahim, kecuali Allah subhanahu wa ta'ala pasti memberikan kepadanya, karena doa itu, salah satu dari tiga hal :



1]. Boleh jadi Allah subhanahu wa ta'ala segera mengabulkannya doa itu.


2]. Allah subhanahu wata'ala menyimpan doa untuknya di akhirat.


3]. Allah subhanahu wata'ala menghindarkannya dari keburukan yang
      sebanding doanya ".
                                          

Para Shahabat berkata 
"Jika demikian, kami akan memperbanyak (doa).
Beliau bersabda :
"Allah subhanahu wata'ala lebih memperbanyak lagi (pemberian-Nya).

[ Hadits Riwayat At Tirmidzi 5/556 dan 5/462, Ahmad 3/18 ]







Semoga Allah redha ^ ^

Oreo.

Bismillah.


Bukankah begitu besar cinta Allah untuk kita ?
Allah melunakkan hati manusia dengan pelbagai cara.
Dan cara Allah sentiasa indah. Paling kreatif.
Perhatikanlah. Kehadiran Allah di setiap pandangan.
Kamu.



Semoga Allah redha ^ ^