cahaya

Bismillah.




Problems come unstop. 
Loss. Dissapointness.  Sins. Despair.
The world seems darker and darker.
But someone comes. Lighten my life.
With patience and care. She said to me.


"I will give you one ultimate reason why everything is going to be alright:"

Allah.

Dan secara istiqamah, dengan kelembutan, beliau membawa saya mengenali Allah. Walau berkali saya lari dari beliau, melakukan kesilapan, beliau tetap tidak berputus asa, membangunkan saya dari kegelapan, mengenalkan saya kepada Allah. Di situ. Hati saya mula lembut. Mula kembali menemukan titik-titik kebahagiaan. Melalui sikap yang direflekskan oleh beliau. Seorang Murabbi.

Maka. Kepada Allah saya mohon kebaikan buat mereka :
Yang mendidik dengan penuh kesabaran dan memahami.

"Jgn dihina para pendosa. Mereka perlukan cahaya."


Sedangkan batu yang keras pun boleh lekuk apabila selalu terkena titisan air. Hati manusia yang keras juga begitu. Mampu untuk menjadi lembut jika ditarbiah secara istiqamah. 


Saya bertanya kepada beliau. Bagaimana beliau boleh begitu kuat dan sabar dengan saya. Kunci untuk murabbi saya. Dia kata. Yang penting Keimanan dan keyakinan kepada Allah.
--------
Semoga Allah redha ^ ^

Inbox.

Bismillah.


            
Dalam inbox :
Macam mana kalau orang lelaki kata kita perempuan sombong dan ekstrim bila kita cuba menjaga ikhtilat sebab bila diaorang tanya sepatah, kita jawab sepatah. Sebab kita tak gurau2 dengan diaorang. Sebab kita tidak layan usikan mereka. Sebab kita macam tak hiraukan mereka? Jawab dalam blog ea. Nak bagi kawan baca.

Ok. Sy jawab dalam blog.
Awak yang sangat saya kasihi. Seandainya ada lelaki yang mengatakan kamu sombong dan ekstrim.
Tak mengapa. Syeikh Al Qaradhawi yang alim tentang sistem pertengahan itu pun sering dituduh ekstrim. Inikan pula kita. Hmmm. Kritikan tidak adil itu adalah pujian tidak rasmi untuk awak ^ ^
Its okay. Allah know better.

Lagi pun. Bagi saya, tindakan kita 'perempuan' menjaga pergaulan, adalah tindakan yang amat tepat.
Sebab, secara tidak langsung, kita sedang isytihar bahawa kita adalah perempuan yang mahu redha Allah dan bahawa kita sayang lelaki-lelaki itu sebenarnya. Dengan tidak membawa mereka ke alam fantasi, berangan dan jauh dari Allah. Setiap lelaki ada potensi yang amat besar untuk berjaya. Jika mereka jatuh ke alam fantasi bersama kita, macam mana mereka nak berjaya? Kesian pada lelaki kalau kita halang kejayaan mereka. Adalah lebih baik jika mereka tidak sedar akan kewujudan kita daripada kita yang menjadi penyebab mereka hilang cinta Allah dan gagal dalam hidup mereka.Ya. Itu tanda kita sayang mereka. Sayang semua yang hadir dalam hidup kita. Fillah.

Kata 'Dr. Stephen R. Covey' dalam bukunya 'Seven Habits of Highly Effective People'.
Begin with the end in the mind.

Awak buat apa yang Dia suka. Awak mesti suka kalau Allah sayang awak kan. 

"If Allah wants to favor someone, He grants him comprehension (understanding) of this religion." [Bukhari] 

"Yakinilah, kasih dan kurnia Allah boleh datang dari arah yg tidak terduga dan tidak kita ketahui. Allah" tidak akan pernah mempersiakan kesetiaan hamba-hambaNya yg hanya berbekal tangisan dan harapan.

Wallahu A'lam. Assalamualaikum :)


Semoga Allah redha ^ ^

Rindu.

Bismillah.



“Syaikh Faris rahimahullah mengatakan, “Hati orang-orang yang dipenuhi dengan rindu (kepada Allah) disinari dengan cahaya Allah SWT. Manakala kerinduan mereka berdesir dalam hati mereka, maka cahaya itu menerangi langit dan bumi, dan Allah lalu menunjukkan mereka kepada para malaikat, seraya berkata, “Inilah orang-orang yang rindu kepada-Ku. Aku memanggilmu semua untuk menyaksikan bahwa Aku juga rindu kepada mereka, bahkan lebih besar dari kerinduan mereka ini.” [ Ar-Risalah Imam Qusyairi Rahimahullah ]”


Kerinduan mula bercambah. Teruntuk Allah dan Rasul Nya.

Setelah lama tersesat di  dunia. Akhirnya segaris cahaya menyegar jiwa.

Membuka mata lavenda.

Bahawa dalam dunia ini, cinta yang tidak pernah sekalipun meninggalkan dia

HANYALAH cinta Allah dan rasul Nya.


Tanpa cinta dari Nya. Musnahlah jasad. Hancurlah jiwa. Berkecailah Lavenda.



Semoga Allah redha ^ ^