Pandang

 Bismillah



Irsyad,
Izin daku utarakan satu persoalan.
Bukankah hidup di atas muka bumi ini agar akhirnya dipandang penuh redha oleh Tuhan?
Maka, bukankah seharusnya setiap perilaku, setiap lintasan hatimu, apa yang dikau zahirkan dan apa yang tersembunyi dalam hatimu perlu seupayanya dirimu perhatikan?
Kerna Allah Tuhan mu senantiasa memandang mu. Allah menilai setiap satu. Bukankah hanya redha Nya yg dikau dambakan? Maka untuk apakah setiap perbuatan yg bisa mendatangkan kemarahan Allah mu? Apakah dikau mahu Allah memandang kejelekan dan busuk yang ada padamu jua hatimu? Tidakkah dikau berasa sedih dan teramat malu? 

Irsyad bermonolog di dalam hati.
Serentak esakan tersedu-sedan di alam realiti.

Sesak dada Irsyad mengusung harapan besar. Irsyad ingin sekali menjadi hamba yang dicintai Tuhan. Namun, Irsyad juga sedar betapa dirinya penuh kehinaan. Jurang antara dirinya dengan Tuhan nya dirasakan semakin besar. Irsyad malu mahu mempersembah hati yang kotor, sobek lagi jijik pada Allah Tuhan sekalian alam. Akan tetapi Irsyad rindu.


Penuh takut dan harap.
Penuh takut dan harap..
Dia bimbang tidak diterima namun terus berharap.
Di taman usang itu,
Irsyad duduk di atas kerusi kayu.
Sambil merintih menyeru.

اللهم انظر إلينا بعين الرحمة
اللهم انظر إلينا بعين رضاك

Wahai Allah, 
Sudilah pandang kami dengan pandangan Rahmat.
Wahai Allah,
Sudilah pandang kami dengan pandangan redha Mu.

...

٢ محرم ١٤٤٥ه




Semoga Allah redha ^ ^