Abad 21

Bismillah.




Bagaimana ku jelaskan cinta. Kerana itu tidak dapat diabjadkan.
Cinta. Hingga sesak dada.
Cinta. Diam terpesona.
Cinta. Hingga menjadi bahagia.
Cinta. Bergetar seluruh jiwa.
Atas nama cinta para pencinta bertebaran di pelosok dunia.
Cinta. Menguatkan langkah mereka.
Dengan cinta juga mereka memilih arah hidup mereka.
CINTA itu tujuan mereka.

Ingatkah kamu akan cinta Rasulullah?
Cinta yang menggoncang hati.
Kamu dan saya. Yang Rasulullah rindu.
Kamu tahu? Rasulullah cintakan kita.
Sehingga sekarang. Rasulullah masih mencintai kita.
Dan Cinta itu menghangatkan kalbu.
Mengundang bicara. Tanpa suara.
Alam turut bergema dengan cinta Allah dan Rasul Nya.

Cinta itu tidak mampu untuk di huraikan.
Huruf dan metafora juga tidak mampu.
Cinta manusia telah mengisyaratkan pada ku betapa cinta Allah untukmu dan untukku begitu besar.
Nafasku sesak . Cinta itu menghuni seluruh jiwa.

Berjalanlah atas nama cinta. Pandanglah dengan cinta.
Abad 21 yang penuh cinta.

Lavenda abad 21.





Semoga Allah redha ^ ^

Cinta.

Bismillah.


Berkisar tentang cinta. Cinta yang bawa bahagia. Bukan bahagia fantasi. Tapi bahagia realiti.
Dan. Entri kali ini bukan bicara saya. Tapi bicara seorang bidadari.


Dengan lafaz bismillah. Dengan harapan kepada Allah. 
Bukalah link di bawah.


Selamat berlayar. 
Layarkan bahtera cintamu pada selautan Kasih dan Cinta Nya ~
Semoga kita selamat.




Semoga Allah redha ^ ^

Tinggalkan.

Bismillah.
Tinggallah namamu.
Tinggalkan cintamu.
Tinggalkan segala yang dipunya di atas dunia.
Hanyalah dirimu.
Hanyalah amalmu.
Hanyalah sepimu.
Menemani kesunyian di alam kuburmu.

Kepada yang pernah hadir dalam hidup.
Selamat tinggal.
Pergilah.
Kembali.
Kita akan berbeza. Amal kita berbeza.
Jangan kau ikut aku. Yang berdosa.


Semoga Allah redha ^ ^

Fuhhh.

Bismillah.


Dengan lafaz bismillah.
Dengan penuh keyakinan kepada Allah.
Jangan ragu.
Fuhhh. Hembuslah.
Biar sembuh semua penyakit.
Terutamanya hati yang telah lama parah.
Bukan setakat parah. Malah sudah koma.

Fuh ...
Pergilah duka dan dosa.
Semoga sembuh. Wahai yang memerlukan kesembuhan ~

Fuh ... 
Pergilah dunia.
Semoga sebentar lagi, hati terbuka untuk Tuhan.

Sembuh tidak? Sembuh kan? :D

Dengan hanya hembusan. Yang penuh padu keyakinan. Pun boleh sembuh. 
Kan Allah yang tolong sembuhkan ~

Kalau orang kata apapontakboleh. Saya kata apaponboleh.

Semoga Allah redha ^ ^

Depan rumah

Bismillah.



Berdiri di hadapan pintu utama.  Melentokkan kepala ke dinding.  Melemparkan pandangan ke hadapan.  
Ramai manusia.  Bermain di padang hadapan rumah.  Gembira.  Bahagia.
Saya memandang satu wajah.  Lama. 
Setiap perubahan riak wajahnya saya lihat dengan teliti.  Dia tersenyum.  Tapi bukan pada saya.  
Dia yang manusia lain kata tidak akan masuk syurga.  Sebabnya dia tidak mengikut perintah Allah.  
Wajah itulah yang saya tenung.  Ada getaran di sini.  Di hati.  
Saya terkenangkan bagaimana nasibnya nanti di akhirat. 

Wajahnya yang bahagia tadi tiba-tiba berganti menjadi wajah yang paling pilu menyedihkan. 
Menyesal atas kesombongannya di atas bumi. Dia dibakar api hitam. Gelap. 
Diikuti dengan lolongannya yang menyayat hati.
Tersentak dan kembali ke alam nyata.
Dia masih bahagia di padang hadapan rumahku.
Saya cuma fikirkan nasibnya di akhirat nanti. 
Dan tanpa sedar, saya juga tidak tahu apakah yang menanti saya di akhirat nanti. Syurga yang bahagia atau neraka yang sengsara. Dapatkah nanti saya bersama dan bertemu dengan wajah yang paling dirindu. Allah.
ohhh.

Coretan 1

Suka melihat wajah manusia. Saya melihat pesona syurga di sana. Ada biasan cinta Allah.
Dan atas takdir Allah. Kerana kesukaan saya melihat wajah manusia itu. Saya menemui mata bening. Milik Allah. Semoga takdirnya bahagia.

Coretan 2

Buruk dan jahat manapun seorang hamba itu. Tidak semestinya akan ke neraka. Semuanya bergantung kepada rahmat Allah. Justeru, jangan putus asa dari rahmat Allah. Rahmat Allah kan luas. kan?
Itu yang saya pelajari. Beberapa hari ini.





Semoga Allah redha ^ ^

Infiniti

Bismillah ...


Mereka berdoa mendongak ke langit. Jutaan bintang menghias dada malam menjadi pemandangan yang menyenangkan. 

"Kau tahu, N, kenapa aku sukar untuk berputus asa walaupun sukar?"

N menggeleng.

"Ingat kata-kataku ini. Tika aku hendak berputus asa. Apabila aku melihat infiniti bintang di langit malam, maka aku akan melihat sekali rahmat Allah yang melimpah luah dan luas. Jadi, aku tidak mampu untuk berputus asa dengan rahmat Nya yang luas ini."

N mengangguk- angguk faham.

M dan N tersenyum sesama sendiri~






Semoga Allah redha ^ ^

Tak Tahu

Bismillah ...


Kosong. 
Mendongak ke atas. 
Bintang. Saya melihat bintang.
Orion. Formasi Belantik. Macam pemburu.
Cuma. Bulan tidak kelihatan. Terselindung di sebalik awan.
Namun hakikatnya masih wujud. Cuma bukan dipandangan saya.
Sekali lagi Dia beri tanda.
Kepada sy dan kamu.
Untuk Jangan Lupa Pada Nya~

Di bawah langit Ilahi.

*istikharah - Mestica*
Berkumandang.







Semoga Allah redha ^ ^

Kuatkan hati.

Bismillah.



Apabila seorang itu terhanyut dengan dosa ...

Kuatkan hati.
Untuk Allah Yang Maha Kasih Nya.
Teguhkan hati.
Untuk Yang Paling mencintai kita.
Kuatkan hati.
Kita perlu kembali, setelah dosa yang panjang.
Dan Allah suka insan yang kembali.
apabila seorang hamba itu tersungkur dihadapan Allah dan memohon perhatian Nya.
Allah suka.
Teguhkan Hati, Gagahkan jiwa.
Jangan terus jatuh. Jika terus jatuh, yang lain turut akan runtuh.




Semoga Allah redha ^ ^

Bahagia

Bismillah ...

Eh. Tengok. Tengok. Bunga tu berzikir la. Saya bahagia . Bahagia. Haha :D

Bahagia. Mereka yang bahagia. Hanya yang dekat dengan Allah.
Pencipta kebahagiaan itu sendiri :D
Oukey. 

Seperti contoh. Lelaki di atas sangat bahagia. Dia memang sendiri. Tapi sebenarnya tidak. Ada bunga yang berzikir sama-sama dengan dia. Dan itu maksudnya, Allah sentiasa ada. Bersama lelaki itu. Dan jangan lupa. Allah pun tengah tengok anda tu jugak :D

Alam itu tanda. Supaya kita tidak lupa. Cinta kita.
 'Allah'


Semoga Allah redha ^ ^