Membebel.

Bismillah.


Termangu .Dalam perjalanan hidup ini, sebagai seorang yang bergelar pelajar. Kadang2 rasa 'malas' belajar itu hadir juga. Dan apabila rasa down untuk belajar itu mula merebak dan semakin parah. Maka hati saya menjadi tidak selesa. Menggelabahlah saya mencari cahaya yang boleh mengusir gelita yang membawa derita itu. Segalanya jadi blurrr. Matlamat kabur. Jadi saya pun duduk diam2. Dan yang terlintas hanyalah, Ya Allah... macam mana ni...

Sepi dan sepi. Tiba-tiba. ZuppP! Menyirap darah, meremang seluruh jasad. Sebak pun ada. 
Alhamdulillah. Semangat itu hadir kembali! Ya Allah. Terima kasih.

Tadi. Masa termenung seorang diri tu, yang saya fikirkan adalah ... Dari mana saya datang, Apa tujuan saya di muka bumi dan ke mana saya akan pergi selepas itu.  

Maka tentulah dari Allah saya datang. Dan tidaklah Allah menciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepada Nya. Dan akhirnya, hanya pada Allah saya akan kembali. Bukan pada awak. Kan.

Allah telah datangkan kita yang bernama manusia ini dengan ciptaan yang begitu teliti. Hatta, organ otak itu sahaja pun sudah rumit ciptaannya. Allah juga memerintahkan para malaikat untuk sujud kepada Nabi Adam(seorang manusia). Maka untuk apa semua itu? Itu bermaksud, Allah itu Maha Kuasa dan Allah memuliakan kita. Ya. Kita Mulia! Allah yang isytihar. ^0^ *wah.subhanallah* Jadi, takkan kita nak hinakan diri sendiri dengan malas2 dan buat dosa? 

Dan akhirnya, pada Allah kan kita akan kembali? Jadi, kalau kita bermalasan dan ikut sahaja hawa nafsu kotor di dunia yang sementara sahaja ini, mampukah kita kembali kepada Allah dalam keadaan hati yang puas? Hati yang bahagia? Atau hanya akan kembali kepada Allah Yang Maha Mulia itu dalam keadaan tertunduk hina.  Penuh dosa. Jijik . Ketakutan. Kegerunan dan Allah tak pandang. Dibakar dalam api yang menyala. Tiada yang menyelamatkan. Ya Allah. Tak mahu macam tu.

Maka kita perlu memilih untuk menjadi manusia yang bergerak penuh keimanan. Ya. Antaranya seperti 
Seorang Hila Asyraf. Seorang Musafir dan guru saya sendiri.

Saya ini, sangat mahu menjadi seperti mereka. Menjadi hamba Allah yang bermanfaat untuk agama. Yang Insya Allah , Allah redha. Yang punyai hati yang tenang. Dan adakah hanya dengan bermalasan dan mengikut nafsu duniawi saya akan tiba-tiba jadi seperti mereka? Seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat apakan lagi. Semestinya TIDAK.

Dan saya juga mahu membina keluarga yang ada bi'ah solehah di dalamnya. Keluarga yang bahagia dalam redha Allah. Di mana zuriat2 saya nanti insya Allah, merupakan hamba-hamba Allah yang bertaqwa. Dan suami saya pula, penyejuk mata, penawar hati , pembimbing sejati menuju Allah. Yang Allah cintai ~ Bahagia kan begitu ^ ^ Bila keluarga dapat menjadikan kita menuju tujuan hidup kita. Allah~
Tapi bolehkah keluarga seperti itu wujud apabila sekarang saya hanya mengikut nafsu dunia?

Perkara2 'ohsem' di atas tadi tidak akan berlaku kan jika saya tidak berusaha? Jadi, sebab itu, saya dan kamu harus bermula dari awal. Dari sekarang. Dari seorang pelajar hingga akhirnya nanti kembali ke Rahmatullah. Perlu gigih menuntut ilmu. Semampu mungkin. Add math, Math, Bm, Bi, Pendidikan Islam, Seni, Tauhid, Feqah, Al Quran Sunnah, Tasawwuf, Usuluddin, Usul Fiqh, Sains, Bio, Geo ...apa-apa jua ilmu.
Kan best tahu semua ilmu2 tu. Dan ilmu2 itulah yang akan membentuk seorang manusia itu menjadi kritis dan matang.  Lagipun, Ilmu itu cahaya. Membawa seorang hamba, mengenal Tuhan nya. Kan?

Jadi ...

Saya menyeru kamu2 dan kamu.
Jom! Kita menuntut ilmu sesungguh mungkin .
Biar Allah suka. Agar kita bahagia. Lantas bersama di syurga.
Syurga yang abadi. Bukan sementara ^ ^

Dari ilmu, terhasillah amal. Dari amal, wujudlah bekal ukhrawi untuk kita tunjuk pada Allah. 
Ya Allah, ini bekal ku. Di dunia dahulu, atas rahmat Mu, hamba dah cuba sedaya upaya menjadi yg Engkau suka. Ini Buktinya~*bagi bekal. 

Tet. Bahagia :)

Semangat ***




Semoga Allah redha ^ ^

Rindu Hamzah.

Bismillah.
Credit to kelas tasmi' Hamzah. 

Tinta ustazah Azizah.

ya Allah berikanlah keberkatan pada hubungan yang telah Engkau jalinkan di antara kami selama 3thn stgh ni ....moga ikatan yang berlandaskan al-quran dan as-sunnah ini menjadi kekuatan kpd kami utk meneruskan perjuangan dan kehebatan serta keikhlasan HAMZAH dalam mempertahankan islam sebagai agama syumul dimuka bumi ini insya Allah...
Ya allah jadikanlah fitnah dan ujian serta badai yang menimpa dalam kalangan kami sebagai satu suntikan motivasi untuk kami berjuang wlupun nyawa menjadi galang ganti....kerna bukan kemewahan dunia yg dicari tapi syahid yang diimpi insya Allah....
ustazah bersyukur kalian mnjadi murid ustzh,ustazah syg sgt dengan kalian kerana Allah....akan ku pertaruhkan nyawa, masa dan tenaga untuk kalian demi melahirkan dan menjadikan kalian serikandi yg amat digeruni dan sehebat Hamzah serta sepintar IBNU ABBAS dan FATIMAH....moga sayap kanan yang bakal kalian temui nnti insya Allah sehebat SAIDINA ALI  insya Allah....
Buat ANGAH (putri nor nadia) ALYA dan  LAVENDA (SY) teruskan berjuang...kesakitan yg dtg insya Allah pasti ada hikmah yg mndtg....dan buat semua teruskan berjuang wlupun ujian seringkali mendtg....
USTZAH YAKIN ANTUNNA BOLEH insya Allah
  

Tinta beliau yang ke 2

ya allah....moga ikatan ukhwah yg terjalin di antara kami diberkati olehMU insyaAllah....Alhmdulillah, terima kasih ya ALLAH, Kau memberikan mereka sebagai kekuatan perjuangan hidupku ... Buat lavenda(sy) teruskan perjuangan wlupun nyawa mnjadi taruhan....


...
Dari situ. Saya mula melihat. Bagaimana kasih sayang itu apabila kerana Allah. Bagaimana jihad itu perlu fi sabilillah. Bagaimana derita itu, hakikatnya canda dari Allah, yg perlu kita sambut dengan jiwa positif . 
Cuma. akhirnya, saya terdampar di bumi yang lain. Berpisah dari mereka. Ke bumi yang saya namakan 'S' . Bumi yang juga indah. Bertemu sahabat baru. Bertemu guru baru.

Walau jasad kian jauh, namun mereka masih ... sibuk2 urusan saya. Tarik-tarik saya. Membebel pada saya, "Lavenda, jgn putus asa. Kuat! Jgn lupa Al Quran! Jgn tertipu dengan dunia! dan pesan-pesan lainnya . Sibuk kan mereka~ (hihi) Kerana. Kasih mereka kasih kerana Allah. Bukan kasih udang di sebalik batu. In shaa Allah.

Buat yang membaca.
Sahabat yg mencintai kita kerana Allah sungguh berharga. Sahabat yang buat kita merasai betapa besarnya Kasih Allah anugerah yg perlu kita pelihara. Andai kita punya sahabat, berusahalah untuk menyayanginya kerana Allah semata.

Dan akhirnya ...
Semoga kita semua dapat berkumpul sama2 di syurga. Di hadapan Allah dan Rasul Nya.

...

Catatan 2023
-post ini hakikatnya pada 12mei2012 tetapi entah mengapa ku draft kn. Rindu sahabat perjuangan. Sahabat pelajari Al Quran.







Semoga Allah redha ^ ^

Dont go. Return.

Bismillah.



For everything that a slave loses. There is a substitute.
But one who loses Allah will never find anything to replace Him.
Ibn Al - Qayyim. 
(Not a hadith)


Alam buana menjadi saksi.
Tiada satu hati pun yang rela kehilangan cinta Nya.




Semoga Allah redha ^ ^

Terima kasih.

Bismillah.

To love someone is something.
To be love by someone is also something.
To be love by someone that we love is exciting.
But to be love by Allah is Everything~

Semoga Allah mencintai Kita.
Dan Terima kasih untuk anda.

Semoga Allah redha ^ ^

Bagi mereka.

Bismillah.




Bagi mereka yang sabar dan bertawakkal kepada Allah.


Surah Al-Ankabut.

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh; (Iaitu) mereka yang sabar dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya. "


Surah An-Nahl.

"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."


Surah Az-Zumar.

"Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. "


Sebelum tawakkal. Usaha dahulu.
Kerana Takdir Allah itu hadir dihujung usaha.

Semoga Allah redha ^ ^