entah.

Bismillahirrahmanirrahiiim.




Bicaralah apa yang kamu mahu bicara.

Kerana bila dihadapan Allah.

Tidak mengapa jika kamu luah segalanya ~






Semoga Allah redha ^ ^

Debu

Bismillahirrahmanirrahiiim.




Noktah -noktah bertemu membentuk huruf.  Lantas huruf itu membentuk kata-kata. 

Mengapung beribu kata di udara.  Kata yang hakikatnya tidak akan pernah mampu 

menanggung beratnya hakikat suasana dan perasaan. 

Kata-kata cinta terus berserakan di awangan dan yang paling menyerlah di sana adalah kata-

kata cinta dari seorang hamba buat Pencipta nya.

Semua rindu menyatu dan menjadi satu. 

Mengundang ledakan air dari empangan yang sudah lama tersimpan.

Ah, layakkah? Kerana aku sungguh hina.  Hanya seperti debu. Debu di jalanan.

Dan apabila mendengar lagu ini, aku membayangkan seolah Allah yg berkata denganku 

mengikut lirik lagu.  Haru~


Aku melihat sekeliling.  Seluruh alam turut menyanyikan lagu yang simfoninya menyatu.  Menjadi 

satu kalimah yg sangat kita semua rindu.

'Allah~'

Ada nama Nya bila aku memandang kamu.

Semoga Allah redha ^ ^

Harapan besar.

Bismillahirrahmanirrahiiim.

Doa merupakan salah satu cara untuk merealisasikan harapan .
Doa itu senjata dan juga keajaiban.



Harapan...

Setiap yang bernafas pasti punya harapan. Pasti ada yang diharapkan. Ya, itu termasuk saya. 

Punya harapan. Saya punyai harapan yang besar. Hari ini, dengan segala yang Allah berikan, 

saya ingin bercerita tentang satu harapan. Harapan yang besar. Akan tetapi, sebelum itu, 

pujilah Allah dahulu. Mengapa? Cuba berhenti sejenak. Lihat sekeliling. Banyak nikmat Allah 

bukan?


Ya, kita sambung semula tentang harapan. Ini harapan saya . Kamu juga begitu saya rasa.

Saya ingin dicintai. Saya ingin dipandang dengan senyuman. Saya ingin dimaafkan. Saya ingin 

jadi istimewa pada pandangan . Saya ingin Dia muliakan. Saya mahukan kelebihan di samping 

Dia. Saya tidak mahu Dia tinggalkan. Ya, saya ingin menjadi yang Allah kasihi.

Dia lah Yang Ter Paling Maha Indah yang pernah wujud dalam kisah saya.

Tiada yang lebih memahami selain Dia. Saat yang lain meninggalkan, saat keterpurukan, saat 

dosa menghumban jiwa ke lorong kegelapan, saat yang lain memandang buruk, saat hiba 

mencarik sekeping hati, Dia tetap setia. Apalagi yang membahagiakan sekiranya kita tahu 

bahawa Allah pandang kita, Allah sangat mencintai kita dan Allah berkata pada kita bahawa 

Dia tidak akan murka pada kita untuk selamanya ? Sungguh, saya ingin dirindui Allah. Saya 

pasti, ini juga harapan kamu. Harapan kita.


Ya, kadang-kadang kita perlu berhenti, muhasabah diri.

Yang paling mencintai kita siapa?

Allah Pemilik Nyawa dan Pemilik segala , yang paling mencintai kita. Mengapa masih 

berpaling?  Oleh itu, seandainya sebentar tadi kita melakukan hal yang membawa dosa, 

kembalilah  semula.  Kembali kepada yang paling mencintai.  Masih belum terlambat dan 

sebelum  terlambat.   Sebelum Dia memalingkan muka dan marah semarahnya.

Ya, semoga Allah benar mencintai kita dan kita juga paling mencintai Dia ~

Seperti ayat tema langit ilahi, Mari menjadi hamba ...





Semoga Allah redha ^ ^

selamat tinggal.

Bismillahirrahmanirrahiiim ...


Gambar itu tidak sepatutnya begitu.
<>

Telah lama ku perhatikan segala.
ombak nafsu menghancurkan .
Pedih.
Luka.
Meresah jiwa.
Hingga terpuruk di sana.

Tidak faham apa ertinya.
Terkapai kapai tidak tahu mana sandarannya.
Hati sudah membatu 
Jiwa terseksaaa.

oh duniaaa.
Selamat tinggal.
Selamat tinggal.
Pergiiilah.
pergi...

________________________________________

Ada syurga di dunia hanya bila ...

Allah merespon. Allah menyambut kita. Ada rasa di hati. Ada getaran di dalam jiwa dan kemudian di aliri rasa ketenangan yang sangat hebat, tidak terbanding apa pun di dunia ini.  Saya menamakannya syurga di dunia.

.



Semoga Allah redha ^ ^

kepatuhan matahari.

Bismillahirrahmanirrahiiim.


Hish! Panas nya hari ni! Matahari punya pasal la ni !
'''
Matahari . engkau punya pasallah kulit aku gelap!
'''
Matahari ! lebih baik engkau tiada! Buat panas je. grrrrrr.;.;.;
'''
Dan hinaan yang sewaktu dengannya.

Begitulah saban hari matahari dicerca. 
Tanpa di peduli Keindahan di sebalik teriknya.
Di cerca dan terus di cerca.

SeTOPP !
Kerana itu kadang2 kita harus berhenti.
Muhasabah kembali.
<>
Matahari itu sungguh patuh hakikatnya.
Di cerca di caci dan di maki.
Namun tetap tegak di atas sana.
Patuh kepada perintah Tuhan nya walau perit di hina.
Tabah dan redha nya laah matahari tuu kan ?
Kitaaa?
~~~
Cuba bayangkan sehari tanpa matahari.
Maacam manaa tuuuu?
Tiada cahaya ",?
Jadi.
Berhenti sejenak.
dan katakan.
Subhanallah ! Terima kasih Allah untuk matahari hari ini ...
''''
Subhanallah.
Maha Suci Allah Yang Mencipta Matahari.
Allah mahu kita belajar dari matahari. 
Dan matahari itu hakikatnya, Sebuah mercu yang dihadiahkan Allah agar kita ingat Pada Nya Bila kita Lupa.
Boleh jadi ia penghibur.
Boleh jadi juga matahari itu kifarah dosa, apabila kita bersabar dengan teriknya~
Mungkin, bila kita renung semula, sebenarnya, matahari itu rupa-rupanya comeL :D








Semoga Allah redha ^ ^

Berpisah sementara cuma.

Bismillahirrahmanirrahiiim.


-warga 3 Ikhlas-


Kita telah ditakdirkan untuk berpisah.
 Tapi hanya sementara sahaja.
 Begitu ku berharap.
Insya Allah, tidak akan ku lupa pada kalian. 
Aku masih menanti saatnya nanti kita akan bertemu kembali. 
Saat yang pasti begitu indah. 
Di hadapan Allah yang kita sama-sama cinta, kita bertemu kembali. 
Engkau tersenyum, aku juga tersenyum dan Allah juga tersenyum. 
Pada saat itu, Allah telah redha dengan kita dan kita pun jua redha dgn Allah.
 Dan, Allah berjanji pada kita bahawa Dia tidak akan murka pada kita untuk selamanya. 
Ya, di situ juga ada Rasulullah, tersenyum dengan wajah indah. 
Di syurga. Ku harap kita bertemu kembali di Syurga.
Yang dikasihi, jagalah dirimu dari murka Allah.
Auratmu, hati mu. Ikhtilat hubungan antara llki dan perempuan ,juga solatmu.
Jaga diri kalian.
Aku dan kamu harus berjuang di dunia. Agar kita tidak menjadi golongan asing di hari akhirat kelak.

Tidak mengapa kita berpisah sementara di dunia. 
Mungkin itu yang terbaik. Allah Maha Tahu.
Mungkin kalian tidak peduli berpisah denganku. Namun...
Sungguh, aku mencintai kalian. Aku mencintai kalian...

Semoga cinta Allah bersama kita. Fi Amanillah~

Ya. Aku mahu belajar mencontohi kepatuhan sang matahari. 
Perpisahan sementara ini harus ku patuhi. Seandainya itu yg Allah kehendaki.

untukmu,
3 Ikhlas, 
Fillah ...


Maafkan saya.
kamu...


Hasif . Ahmad Raziqin . Muhammad Afif . Mohammad Afizuddin . Azmierul Fitri.  Muhammad Yusuf .  Muhammad Fairuz . Faizul . Azizan . Muhd Faizudin . Huzaifah . Faez. Nasha . Amin . Fauzan . Luqman . Hamzi . Fadhlul Amin . 

Majriatul Huda . Azizah . Halimatus Saadiah . Husna . Haziqah . Munirah Abbas . Darin . Aida . Wan . Qurotu . Erfah . Asyiqin . Munira Hayati . Syafiqah . Nadia . Syahirah . Mia . Husna Malek . Siti Nor Amnah.




Terima Kasih Allah . 

Semoga Allah redha ^ ^

kerlipan cintaku

Bismillahirrahmanirrahiiim.



Biar di jemala mentari
Dan di bahu gunung berapi.
Pasrah ku abadi untuk Mu.
Untuk Mu .

-kerlipan cinta-
kudamba kasih Nya.

Semoga Allah redha ^ ^

Palestina.

Bismillah ...



Khalil Ismail al Haya, Ketua Whip HAMAS berkata :

Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.

Kami telah di pilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan nempertahankan Masjid Al Aqsa.

Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat islam di seluruh dunia untuk mewakili umat islam 
di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada Al Aqsa, kiblat pertama 
umat islam dan juga masjid ketiga suci mereka.

Kami juga telah dipilih Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.

Selama lebih 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama itu  juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.
Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan LAILHAILLALLAH dan mempertahankan bumi dan masjid kami.

Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid.

Kami akan terus memastikan prinsip islam akan terus dijulang.

Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan.

Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.

Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua.


Konklusi : Kita semua punya tanggungjawab terhadap PALESTIN !


Semoga Allah redha ^ ^

entah




Dalam menakung sayat begini.
Mahu berkongsi melerai sengsara.
Bila berpusar sepintas kata.
Ada cerita yang lebih derita.
Mencarik sisi pandangan.
Ini cuma cebisan dugaan.
Menilai kesabaran.
Meneguh keyakinan.
Dia tidak pernah pergi.
Melainkan diri yang lari.

Semoga Allah redha ^ ^

oh.


oh. Begini lebih tenang.

Semoga Allah redha ^ ^

sandaran cinta.

Bismillahirrahmanirrahiiim.

Mata terpesona.
Hati terpana.
Tatkala...
Merenung langit milik -Nya


Sandarkan.
Sandarkan pada Allah.
Bukan sandarkan pada kenangan.
bukan juga sandarkan pada manusia.
Sandarkan pada Dia Yang Maha Sempurna.
Sepenuhnya~
Kerana cinta itu perlu disandarkan.

Sandaran cinta ~



Semoga Allah redha ^ ^

Kadang-kadang.

Bismillahirrahmanirrahiiim.


Kadang-kadang.
'Dia' tersenyum sendiri.
Memandang pokok.

Kadang-kadang.
tersenyum lagi.
Memandang rerumputan.

Cukup.
Jangan salah sangka.
Dia bukan orang tidak waras jiwa.

Tapi dia seorang yang Cinta.
Cinta pada Tuhan nya.

Kerana kadang-kadang.
Kita tidak perasan.
Pokok dan rumput itu.
Tanda.
Allah sentiasa bersama kita.
di mana sahaja.

Kadang-kadang.
Bila kamu lupa.
kamu harus berhenti.
Muhasabah diri.

Kadang- kadang~









Semoga Allah redha ^ ^

Hati kamu.


Hati kamu .
Bukan kamu yang punya .
Bukan kamu rajanya .
Bukan kamu yang pegang kuncinya .
Hati kamu .
Allah pemiliknya .

Wahai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhan mu.
Dalam keadaan hati yang redha dan diredhai Nya.

Hati Kamu ~

-Ibnu Fuad-

Semoga Allah redha ^ ^

Looking to You.


Everything that He created.
sense to remember Him
He is there.
looking to you~

Semoga Allah redha ^ ^

Tadi.

Tadi...

Nak cerita ni.

Tadi.

sy buka muka Buku

Lps tu.

saya jumpa.
ini.

Pray not only because you need something. But because you 

have a lot to be thankful for.


Terlalu Banyak sgt Nikmat Yg Allah dah beri.
Jadi?




Semoga Allah redha ^ ^

Langkah ini


Langkah ini.
Harus begitu.
.
Ibn Abbas reported that Messenger of Allah

(Peace and blessings of Allah be upon him) said:

"The strongest faith is to be sincere for the sake of Allah,

to Hate for the sake of Allah (Tabarra),

to Love for the sake of Allah (Tawalla),

and to Discard for the sake of Allah."


For The Sake Of Allah
you breath



Semoga Allah redha ^ ^

harapan




Namun
Hati ini mengharap
Ada cintaku pada-Nya
Kerana Dialah menentu segalanya
Kerana apa

Abu Irsyad ~

Semoga Allah redha ^ ^

Kembali Jernih.



Dikau bagai mutiara
Seharus digilap usaha
Dari sinar hampa
Menjadi gemilang jaya

Dikau bak permata
Kemas rapi dijaga
Nilainya banding tiada
Merawat rasa duka

Walau bukan bersaudara
Tuju arah bersama
Mengemis harap redha-Nya
Puncak segala bahgia

Seru bukan merintih
Kasih bukan kekasih
Lerailah setiap perih
Keruh kembali jernih


Semoga Allah redha ^ ^

post 10 : Biar mereka mbencimu

BBismillah...


         Jika Allah memberi kepadamu Agama dan Hidayah, ketahuilah Allah mencintai kamu.
و ان أعطاك الله المشقّات و المصاعب و المشاكل فاعلم ان الله يحبك و يريد سماع صوتك في الدعاء
Jika Allah menguji kamu dengan musibah, ditimpa bala-bencana dan permasalahan, ketahuilah Allah mencintai kamu, Allah ingin mendengar suara rintihanmu di dalam doa.

و ان أعطاك الله القليل فاعلم ان الله يحبك و انه سيعطيك الأكثر في الآخره
Jika Allah hanya memberi sedikit padamu, ketahuilah Allah akan memberi kamu lebih banyak di Akhirat kelak.

و ان أعطاك الله الرضا فاعلم ان الله يحبك وانه اعطاك اجمل نعمة
Jika Allah memberi kamu sifat Redha supaya kamu meredhainya, ketahuilah Allah mencintaimu, sesungguhnya Allah akan memberi kepadamu secantik-cantik nikmat.

و ان أعطاك الله الصبر فاعلم ان الله يحبك و انك من الفائزون
Jika memberi kepadamu sifat sabar, sesungguhnya Allah mencintaimu dan kamu adalah diantara orang yang telah berjaya.

و ان أعطاك الله الاخلاص فاعلم ان الله يحبك فكون مخلص له
Jika Allah memberi padamu sifat Ikhlas didalam hati, ketahuilah Allah mencintaimu, sesungguhnya Allah menghendaki kamu Ikhlas hanya padaNya.

و ان أعطاك الله الهم فاعلم ان الله يحبك و ينتظر منك الحمد و الشكر
Jika Allah memberi padamu sifat duka, ketahuilah Allah mencintaimu dan sentiasa menunggumu ucapan Puji dan Syukur dari bibirmu.

و ان أعطاك الله الحزن فاعلم ان الله يحبك و انه يخـتبر ايمانك
Jika Allah memberi kekecewaan padamu, ketahuilah Allah mencintaimu dan Allah ingin menguji keimananmu.

و ان أعطاك الله المال فاعلم ان الله يحبك و لا تبخل على الفقير
Jika Allah memberimu harta, ketahuilah Allah mencintamu dan menghendaki kamu tidak bersifat bakhil kepada orang fakir.

و ان أعطاك الله الفقر فاعلم ان الله يحبك و اعطاك ما هو اغلى من المال
Jika Allah memberi kemiskinan kepadamu, ketahuilah Allah mencintaimu dan akan memberi kepadamu sesuatu yang lebih berharga daripada harta kekayaan.

و ان أعطاك الله لسان و قلب فاعلم ان الله يحبك استخدمهم في الخير و الاخلاص
Jika Allah memberi kepadamu Lidah dan Hati, ketahuilah Allah mencintaimu, maka gunakanlah kedua-dua kepada jalan kebaikan.

و ان أعطاك الله الصلاة و الصوم و القرآن و القيام فاعلم ان الله يحبك فلا تكن مهملاً و اعمل بهم
Jika Allah memberi kepadamu solat, puasa, Al-Quran dan berjaga malam, ketahuilah Allah mencintai kamu, maka janganlah kamu melengah-lengahkanya, percepatkanlah tunaikanlah ianya dengan sempurna.

و ان أعطاك الله الاسلام فاعلم ان الله يحبك
Jika Allah menganugerahkan ISLAM kepadamu, ketahuilah Allah mencintaimu.

ان الله يحبك , كيف لا تحبه ؟؟؟
Sesungguhnya Allah mencintaimu, kenapa kamu tidak mencintai Allah???

ان الله أعطاك كثير فكيف لا تعطيه حبك ؟؟؟
Allah telah banyak memberi kepada mu.. kenapa kamu tidak mencintai Allah ???

الله يحب عباده و لا ينساهم .. سبحان الله
Allah mencintai Hambanya dan tidak pernah lupa pada hambaNya… Maha Suci Engkau Ya Allah…

.لا تكن أعمى و أوجد حبّ الله في قلبك
Janganlah kamu buta dan Kecapilah nikmat kasih sayang Allah dalam hatimu.

بَلَى مَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ وَاتَّقَى فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ ) (آل عمران:76)
Maksudnya : "Bahkan Allah akan menunaikan segala janjinya dan bertaqwalah, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa kepadaNya". ( Surah Ali Imran : ayat 76 )

Semoga Allah redha ^ ^