Debu

Bismillahirrahmanirrahiiim.




Noktah -noktah bertemu membentuk huruf.  Lantas huruf itu membentuk kata-kata. 

Mengapung beribu kata di udara.  Kata yang hakikatnya tidak akan pernah mampu 

menanggung beratnya hakikat suasana dan perasaan. 

Kata-kata cinta terus berserakan di awangan dan yang paling menyerlah di sana adalah kata-

kata cinta dari seorang hamba buat Pencipta nya.

Semua rindu menyatu dan menjadi satu. 

Mengundang ledakan air dari empangan yang sudah lama tersimpan.

Ah, layakkah? Kerana aku sungguh hina.  Hanya seperti debu. Debu di jalanan.

Dan apabila mendengar lagu ini, aku membayangkan seolah Allah yg berkata denganku 

mengikut lirik lagu.  Haru~


Aku melihat sekeliling.  Seluruh alam turut menyanyikan lagu yang simfoninya menyatu.  Menjadi 

satu kalimah yg sangat kita semua rindu.

'Allah~'

Ada nama Nya bila aku memandang kamu.

Semoga Allah redha ^ ^

2 comments: