Membebel.

Bismillah.


Termangu .Dalam perjalanan hidup ini, sebagai seorang yang bergelar pelajar. Kadang2 rasa 'malas' belajar itu hadir juga. Dan apabila rasa down untuk belajar itu mula merebak dan semakin parah. Maka hati saya menjadi tidak selesa. Menggelabahlah saya mencari cahaya yang boleh mengusir gelita yang membawa derita itu. Segalanya jadi blurrr. Matlamat kabur. Jadi saya pun duduk diam2. Dan yang terlintas hanyalah, Ya Allah... macam mana ni...

Sepi dan sepi. Tiba-tiba. ZuppP! Menyirap darah, meremang seluruh jasad. Sebak pun ada. 
Alhamdulillah. Semangat itu hadir kembali! Ya Allah. Terima kasih.

Tadi. Masa termenung seorang diri tu, yang saya fikirkan adalah ... Dari mana saya datang, Apa tujuan saya di muka bumi dan ke mana saya akan pergi selepas itu.  

Maka tentulah dari Allah saya datang. Dan tidaklah Allah menciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepada Nya. Dan akhirnya, hanya pada Allah saya akan kembali. Bukan pada awak. Kan.

Allah telah datangkan kita yang bernama manusia ini dengan ciptaan yang begitu teliti. Hatta, organ otak itu sahaja pun sudah rumit ciptaannya. Allah juga memerintahkan para malaikat untuk sujud kepada Nabi Adam(seorang manusia). Maka untuk apa semua itu? Itu bermaksud, Allah itu Maha Kuasa dan Allah memuliakan kita. Ya. Kita Mulia! Allah yang isytihar. ^0^ *wah.subhanallah* Jadi, takkan kita nak hinakan diri sendiri dengan malas2 dan buat dosa? 

Dan akhirnya, pada Allah kan kita akan kembali? Jadi, kalau kita bermalasan dan ikut sahaja hawa nafsu kotor di dunia yang sementara sahaja ini, mampukah kita kembali kepada Allah dalam keadaan hati yang puas? Hati yang bahagia? Atau hanya akan kembali kepada Allah Yang Maha Mulia itu dalam keadaan tertunduk hina.  Penuh dosa. Jijik . Ketakutan. Kegerunan dan Allah tak pandang. Dibakar dalam api yang menyala. Tiada yang menyelamatkan. Ya Allah. Tak mahu macam tu.

Maka kita perlu memilih untuk menjadi manusia yang bergerak penuh keimanan. Ya. Antaranya seperti 
Seorang Hila Asyraf. Seorang Musafir dan guru saya sendiri.

Saya ini, sangat mahu menjadi seperti mereka. Menjadi hamba Allah yang bermanfaat untuk agama. Yang Insya Allah , Allah redha. Yang punyai hati yang tenang. Dan adakah hanya dengan bermalasan dan mengikut nafsu duniawi saya akan tiba-tiba jadi seperti mereka? Seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat apakan lagi. Semestinya TIDAK.

Dan saya juga mahu membina keluarga yang ada bi'ah solehah di dalamnya. Keluarga yang bahagia dalam redha Allah. Di mana zuriat2 saya nanti insya Allah, merupakan hamba-hamba Allah yang bertaqwa. Dan suami saya pula, penyejuk mata, penawar hati , pembimbing sejati menuju Allah. Yang Allah cintai ~ Bahagia kan begitu ^ ^ Bila keluarga dapat menjadikan kita menuju tujuan hidup kita. Allah~
Tapi bolehkah keluarga seperti itu wujud apabila sekarang saya hanya mengikut nafsu dunia?

Perkara2 'ohsem' di atas tadi tidak akan berlaku kan jika saya tidak berusaha? Jadi, sebab itu, saya dan kamu harus bermula dari awal. Dari sekarang. Dari seorang pelajar hingga akhirnya nanti kembali ke Rahmatullah. Perlu gigih menuntut ilmu. Semampu mungkin. Add math, Math, Bm, Bi, Pendidikan Islam, Seni, Tauhid, Feqah, Al Quran Sunnah, Tasawwuf, Usuluddin, Usul Fiqh, Sains, Bio, Geo ...apa-apa jua ilmu.
Kan best tahu semua ilmu2 tu. Dan ilmu2 itulah yang akan membentuk seorang manusia itu menjadi kritis dan matang.  Lagipun, Ilmu itu cahaya. Membawa seorang hamba, mengenal Tuhan nya. Kan?

Jadi ...

Saya menyeru kamu2 dan kamu.
Jom! Kita menuntut ilmu sesungguh mungkin .
Biar Allah suka. Agar kita bahagia. Lantas bersama di syurga.
Syurga yang abadi. Bukan sementara ^ ^

Dari ilmu, terhasillah amal. Dari amal, wujudlah bekal ukhrawi untuk kita tunjuk pada Allah. 
Ya Allah, ini bekal ku. Di dunia dahulu, atas rahmat Mu, hamba dah cuba sedaya upaya menjadi yg Engkau suka. Ini Buktinya~*bagi bekal. 

Tet. Bahagia :)

Semangat ***




Semoga Allah redha ^ ^

2 comments:

  1. assalam , suka post kali ni . kadang kadang rasa malas je . kekadang rase dah give up . semangat tu dah seru balik . syukran ya ukhti :)

    ReplyDelete