Kalam...

Bismillah...



Apa yang diri pelajari sepanjang menjalani kehidupan ini, apa yang dapat disimpulkan dari dalam diri yang dhoif ini, bahawa dia yang benar-benar ingin berhijrah, dia yang benar-benar ingin merasai tulusnya perasaan mencintai Allah, dia yang benar-benar ingin dunia pergi dari hatinya...dia yang benar-benar ingin menjadi soleh solehah dan bertaqwa di sisi Rabb nya, dia yang mahu menjadi golongan yang ikhlas, dia yang mahu menjadi manusia yang baik dan berjaya dari kaca mata agama....dia perlu menjalani ujian demi ujian yang amat perit sehingga menyedarkan sang hati bahawa dia hanyalah insan yang faqir lagi dhoif di sisi manusia apalagi pada pandangan Yang Maha Pencipta. Manusia perlu merelakan dahulu hatinya merintih dan menangis. Merelakan dirinya melalui saat-saat luka dan duka. Merelakan diri jatuh dan bangun semula. Dia perlu memaksa diri melalui badai ujian lantas rela dan redha...tabah tanpa ada putus asa terhadap rahmat Tuhan nya. Biar sakit dan pahit itu menjadi ubat yang membuka mata hati bahawa kebahagiaan abadi untuk diri hanya di syurga abadi. Kerana di dalam syurga, ada Allah dan Rasul kita. Hanya syurga tempat tiada derita. Kerana Allah sudah i'tiraf kasih Nya buat penghuni syurga untuk selamanya. Tiada hentinya lagi. Pada saat itu, derita yang pernah kita rasa, sirna sekelip mata.

Sering jatuh berdosa juga ujian...Inilah yang benar-benar menyebabkan hati hilang nurani lantas terdera perasaan. Terluka dan berduka. Menzalimi dan dizalimi...

Bagi setiap kesakitan, ada penawarnya pada Al Quran...Ada juga penawarnya pada peribadi Baginda Junjungan... ada penawarnya pada amal kebaikan...

Berepegang teguhlah sekalian, pada janji Dia Yang Tidak Pernah Memungkiri Janji...
Terukir indah dalam surah Al Ahzab ayat 35.. Pujukan dan penawar...kalam-kalam semangat dari Allah kita untuk kita meneruskan perjuangan fi sabilillah...

'Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.'

***
Maafkan diri ini, sekiranya pernah dan sering melukakan...
Mengganggu lantas menjadi penghalang perjuangan...
Duhai kamu yang pernah ku lukai...
Teruskanlah langkahmu kepada Ar Rahman tanpa berputus asa di pertengahan jalan...
Sakitmu, biar Allah yang sembuhkan...
Moga di balas cinta abadi di jannatul Firdausi bersama pemuda kacak dan bidadari syurgawi.





Semoga Allah redha ^ ^

No comments:

Post a Comment