Palestina.

Bismillah ...



Khalil Ismail al Haya, Ketua Whip HAMAS berkata :

Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.

Kami telah di pilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan nempertahankan Masjid Al Aqsa.

Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat islam di seluruh dunia untuk mewakili umat islam 
di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada Al Aqsa, kiblat pertama 
umat islam dan juga masjid ketiga suci mereka.

Kami juga telah dipilih Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.

Selama lebih 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama itu  juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.
Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan LAILHAILLALLAH dan mempertahankan bumi dan masjid kami.

Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid.

Kami akan terus memastikan prinsip islam akan terus dijulang.

Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan.

Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.

Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua.


Konklusi : Kita semua punya tanggungjawab terhadap PALESTIN !


Semoga Allah redha ^ ^

No comments:

Post a Comment