Depan rumah

Bismillah.



Berdiri di hadapan pintu utama.  Melentokkan kepala ke dinding.  Melemparkan pandangan ke hadapan.  
Ramai manusia.  Bermain di padang hadapan rumah.  Gembira.  Bahagia.
Saya memandang satu wajah.  Lama. 
Setiap perubahan riak wajahnya saya lihat dengan teliti.  Dia tersenyum.  Tapi bukan pada saya.  
Dia yang manusia lain kata tidak akan masuk syurga.  Sebabnya dia tidak mengikut perintah Allah.  
Wajah itulah yang saya tenung.  Ada getaran di sini.  Di hati.  
Saya terkenangkan bagaimana nasibnya nanti di akhirat. 

Wajahnya yang bahagia tadi tiba-tiba berganti menjadi wajah yang paling pilu menyedihkan. 
Menyesal atas kesombongannya di atas bumi. Dia dibakar api hitam. Gelap. 
Diikuti dengan lolongannya yang menyayat hati.
Tersentak dan kembali ke alam nyata.
Dia masih bahagia di padang hadapan rumahku.
Saya cuma fikirkan nasibnya di akhirat nanti. 
Dan tanpa sedar, saya juga tidak tahu apakah yang menanti saya di akhirat nanti. Syurga yang bahagia atau neraka yang sengsara. Dapatkah nanti saya bersama dan bertemu dengan wajah yang paling dirindu. Allah.
ohhh.

Coretan 1

Suka melihat wajah manusia. Saya melihat pesona syurga di sana. Ada biasan cinta Allah.
Dan atas takdir Allah. Kerana kesukaan saya melihat wajah manusia itu. Saya menemui mata bening. Milik Allah. Semoga takdirnya bahagia.

Coretan 2

Buruk dan jahat manapun seorang hamba itu. Tidak semestinya akan ke neraka. Semuanya bergantung kepada rahmat Allah. Justeru, jangan putus asa dari rahmat Allah. Rahmat Allah kan luas. kan?
Itu yang saya pelajari. Beberapa hari ini.





Semoga Allah redha ^ ^

No comments:

Post a Comment