Usrah.

Bismillah.



Usrah.
Sy bertanya pada mereka. Apa itu usrah? Mereka yg masih malu2 hanya menggeleng sambil bibir menggaris senyum. Oleh itu para naqib dan naqibah. Terangkanlah pada ahli usrahmu, tentang apa itu usrah dan tujuannya. Kerana jika tidak, mereka akan menjadi manusia-manusia yang blurrr# 
Usrah itu umpama keluarga yang di dalamnya wujud kasih dan cinta yang berpaksikan Allah sebagai tujuan.
Menjadi sebuah keluarga yang bergerak kerana dan untuk Allah. Keluarga yang saling membantu mengislahkan ummah di seluruh dunia.


Untukmu naqib naqibah yang terpilih.
Usrah itu bukan sekadar memberi tazkirah dan seterusnya kosong.Usrah itu untuk menyentuh hati- hati yang telah lama lena untuk kembali jaga dan memenuhi piala hati mereka dengan cinta Allah dan Rasul Nya.

Usrah itu memberi harapan kepada para pendosa bahawa Allah itu Maha Kasih Nya.

Usrah itu untuk mendamaikan hati mereka dengan berita bahawa mereka tidak sendiri kerana Allah selalu bersama. 

Usrah itu untuk menyentakkan hati yang telah dibutakan dengan jahiliyyah bahawa kita umat islam hakikatnya bersaudara. Palestin dan Syria tidak terus kita biar sendiri dan terus berdarah. 

Tak kenal, maka tak cinta. Untuk menarik hati mereka justeru, para nuqoba' perlu berhati besar, mesra, penuh kasih sayang dan menunjukkan bahawa kita mengambil berat tentang mereka yang berada dalam bulatan usrah kita. Misalnya, bila birthday, beri hadiah. Paling minima pun, ucapkan Happy birthday dengan wajah yang manis. Selalu tanya khabar. Belanja makan ke. Beri handout yg menguatkan jiwa. Dan lain- lain yg boleh membahagiakan mereka. Anda kan kreatif . Eleh. Sy tahu.
Ya. Sayangi mereka.

Hubungan dengan Allah, perlu kita kuatkan. Dan setelah usaha menyebar dakwah, penyerahan sepenuhnya kepada Allah adalah sangat penting. Bukankah Allah yang memberi ' Hidayah' kepada hati mereka?

Jayakan usrahmu. Jangan biar usrah itu menjadi sesuatu yang sia-sia. Dan ...
Jgn lupa usrah kandung dekat rumah tuuu. 

Allah telah memilih kamu. maka ayuh kita bangkit dan menjadi naqib, naqibah yg Allah redha. Yang bergerak dengan jiwa yang penuh cinta~ 
Ya. Ini peluang kita untuk membantu agama. 
Peluang untuk sahut seruan Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّـهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّـهِ ۖقَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّـهِ ۖ فَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِين ﴿١٤

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (14)

As Saff .Ayat14. Juz 28










Semoga Allah redha ^ ^

4 comments: