Inbox.

Bismillah.


            
Dalam inbox :
Macam mana kalau orang lelaki kata kita perempuan sombong dan ekstrim bila kita cuba menjaga ikhtilat sebab bila diaorang tanya sepatah, kita jawab sepatah. Sebab kita tak gurau2 dengan diaorang. Sebab kita tidak layan usikan mereka. Sebab kita macam tak hiraukan mereka? Jawab dalam blog ea. Nak bagi kawan baca.

Ok. Sy jawab dalam blog.
Awak yang sangat saya kasihi. Seandainya ada lelaki yang mengatakan kamu sombong dan ekstrim.
Tak mengapa. Syeikh Al Qaradhawi yang alim tentang sistem pertengahan itu pun sering dituduh ekstrim. Inikan pula kita. Hmmm. Kritikan tidak adil itu adalah pujian tidak rasmi untuk awak ^ ^
Its okay. Allah know better.

Lagi pun. Bagi saya, tindakan kita 'perempuan' menjaga pergaulan, adalah tindakan yang amat tepat.
Sebab, secara tidak langsung, kita sedang isytihar bahawa kita adalah perempuan yang mahu redha Allah dan bahawa kita sayang lelaki-lelaki itu sebenarnya. Dengan tidak membawa mereka ke alam fantasi, berangan dan jauh dari Allah. Setiap lelaki ada potensi yang amat besar untuk berjaya. Jika mereka jatuh ke alam fantasi bersama kita, macam mana mereka nak berjaya? Kesian pada lelaki kalau kita halang kejayaan mereka. Adalah lebih baik jika mereka tidak sedar akan kewujudan kita daripada kita yang menjadi penyebab mereka hilang cinta Allah dan gagal dalam hidup mereka.Ya. Itu tanda kita sayang mereka. Sayang semua yang hadir dalam hidup kita. Fillah.

Kata 'Dr. Stephen R. Covey' dalam bukunya 'Seven Habits of Highly Effective People'.
Begin with the end in the mind.

Awak buat apa yang Dia suka. Awak mesti suka kalau Allah sayang awak kan. 

"If Allah wants to favor someone, He grants him comprehension (understanding) of this religion." [Bukhari] 

"Yakinilah, kasih dan kurnia Allah boleh datang dari arah yg tidak terduga dan tidak kita ketahui. Allah" tidak akan pernah mempersiakan kesetiaan hamba-hambaNya yg hanya berbekal tangisan dan harapan.

Wallahu A'lam. Assalamualaikum :)


Semoga Allah redha ^ ^

2 comments: