Irsyad.

Bismillah.




Krik... krik...kriiik
Cengkerik menjerit.
Tersedak. uhuk. 

Semenjak tadi , Muhammad Irsyad  duduk bersila di atas jalan tar di bawah langit lepas.
Dengan wajah sugul, dia menatap handphone Xperia Sony Ericsson putih miliknya.
Malam itu ada pungguk yang menangis merindukan Sang Bulan. Sang Bulan yang tinggi.
Muhammad Irsyad lah pungguk itu. Dia terlalu rindukan bulan.
Sudah lama dia bertapa di atas jalan. Menunggu sang bulan mengirimkan pesanan ringkas di telefon Xperia canggihnya. Menunggu Xperianya berbunyi. Namun... HAMPA. 

Waktu berlalu pergi, malam kian larut, cengkerik yang menjerit sudah tersedak berkali-kali.
Xperianya diam tidak sekalipun berbunyi. Tiada pesanan ringkas masuk. Tiada juga panggilan pengubat rindu. Hati Irsyad terdera. Raga Irsyad terseksa. Bergemuruh seluruh jiwa. Hancur harapannya.

Irsyad berlari membelah malam. Dia berlari selaju mungkin. Qalbunya terusik. Kecewa.  

Irsyad terkaku di hadapan warden asrama kampus.  
"Encik warden . Ambillah handpone saya ini. Berkurun lama saya menunggu sang bulan menghubungi saya. Tapiii ...saya baru sahaja tahu...rupa-rupanya... Argh! Handphone ini tidak dapat menghubungkan saya dengan Rasulullah. Rasulullah tak message saya pun...

Irsyad berlari lagi penuh emosi, meninggalkan warden kampus yang terpinga-pinga dengan sikapnya yang begitu pelik pada malam itu. 

Langkah kakinya semakin deras. Tiada arah tujuan. Tiba-tiba....
Irsyad  berhenti mengejut. Dia terseret sedikit ke hadapan . jalan sedikit berasap. momentum pergerakannya.
Dia menepuk dahi.

"Ya Allah. Kenapa lah aku tidak terfikir tadi. Aku sepatutnya boleh hantar pesanan2 Rasulullah kepada sahabat-sahabatku yang lain. Itu lah salah satu cara untuk aku berhubung dengan Rasulullah! Jadi yang Allah suka! Ya Allah... Ya Allah. ..."

Idea yang muncul secara tiba-tiba ini membuatkan Irsyad melonjak bahagia. Inilah caraku untuk mendekati Rasulullah. Hehehe... Hatinya ketawa.
..................................................................................................................................................................
from : Irsyad
To : sahabat

Assalamualaikum.

Abu Zar r.a pernah berkata, bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi pesanan yang berpanjangan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber amalan-amalan baik," Aku meminta supaya Baginda menambah lagi, " Tetapkanlah membaca Al Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat."
..................................................................................................................................................................
Sambil berjalan. Sudah bermain di fikiran Irsyad bentuk message yang akan dia send kepada seluruh sahabat di kampus. Irsyad tersengih lebar. selapang hatinya kini.

Lari. Irsyad kembali berlari.

Encik Wardennn ...!!!!!!!!!! Tunggu ...!!! Saya nak handphone saya baliiiiiiikkkkkkkkkk !!!!!!........




اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم





Semoga Allah redha ^ ^

1 comment: