Teduhan Lazuardi Tuhan.

Bismillah.




Malam ini begitu hening. Di luar sana bulan setia menghias langit. Bayu malam berhembus perlahan, menguak dedaun pokok. Meliuk lintuk. Ahh... Sejuknya malam ini.

Malam terlalu sunyi. Bunyi cengkerik tiada kedengaran seperti malam-malam semalam. Penghuni bumi sudah berlayar di lautan mimpi. Saya? ergh... tak ngantuk lagi . Otak masih mahu bekerja.

16 Tahun telah dihadiahkan kepada saya. Tidak terhitung anugerah Allah untuk saya. Setiap hela nafas, degup jantung, bahagia, cinta Nya ... Dan tahun ini, tak sangka... Allah masih mengizinkan saya, hamba Dia. Untuk masuk ke dalam Ramadhan. Bulan penuh Rahmat. Bulan keampunan. Walaupun Allah itu tahu bahawa saya ini seorang hamba yang terlalu banyak dosa. Terlalu banyak...
Ya Allah... Anugerah ini sungguh besar.

Malam ini malam 25 Ramadhan. Ramadhan sudah mahu pergi. Aidilfitri hampir tiba. Tidak sampai seminggu pun lagi untuk kita menjadi tetamu Ramadhan Allah ini. Syawal itu hakikatnya, hari kembali kepada fitrah. 
Hari kembali kepada fitrah. Bukan sekadar beraya sebenarnya.
Saya sendiri tidak tahu apakah perasaan saya Syawal ini. Bagaimana jika Syawal ini saya masih orang yg sama, orang yg penuh dosa,  malah lebih teruk? Ya Allah ... Ya Allah ...

Beruntunglah bagi mereka yang menyucikan diri. Dan merugilah bagi mereka yang mengotorinya.

Ramadhan berbaki ini, perlu kita layani sehabis baik. Jika kita tidak mahu menjadi hamba yang rugi. Jika kita mahu bahagia sebahagianya Syawal ini.


                                          ..........................................................................

3 Ikhlas. Berputar segala kisah lama. Cabaran hidup mereka. Bagaimana agaknya ? Bahagiakah mereka? ...
Namun saya yakin. Allah yang menyintai saya, juga menyintai mereka. Jadi tentulah yang baik sahaja yang akan Allah beri kepada mereka. Semoga kita dapat bertemu di syurga. Saya bahagia dan kamu juga bahagia. Tentunya di hadapan Allah kita.

                            ..............................................................................................................

Apa pun. Sedarlah. Kita ini , hanyalah mukallaf di bawah teduhan Lazuardi Tuhan. Kita di sini hanya untuk berteduh sahaja. Tidak lama lagi, kita akan kembali kepada Nya. 

Justeru, sucikanlah diri. Kenali lah Ilah kita. Cintai lah Nabi kita. Hargailah yg ada di sisi kita dengan membawa mereka ke syurga. Sebelum hari di mana jiwa kita bergegar segegar- gegarnya tiba. Sebelum mata kita terbelalak , takutkan dosa. Sebelum kita merana dek kerana Tuhan enggan memandang kita walau sejeling untuk selamanya ... Kerana tika waktu itu sampai. Tidak berguna lagi taubat ! Tidak berguna lagi penyesalan.

Astaghfirullah.





Semoga Allah redha ^ ^

No comments:

Post a Comment