H

Bismillah.



Dunia dan keindahannya yang sementara.

HOSPITAL.
Doktor kata dia tiada harapan untuk hidup.
Dia dan keluarganya kini pasrah menanti malaikat maut untuk mencabut nyawa dia.
Dia sedang cuba menerima hakikat bahawa tidak lama lagi dia akan meninggalkan dunia dan segala yang dia cinta dari kalangan manusia.
Dia sedang menanti samada syurga atau neraka, nikmat atau seksa.
Dapat awak bayangkan cemas wajah dia macam mana?
Dapat awak rasa perasaan dia macam mana?
Dia perlu hadapi sakaratul maut itu seorang diri tanpa pertolongan seorg pun dari kalangan yg dia cinta.
Dia perlu bersedia untuk terima balasan atas setiap kelalaian dan dosa yang dia lakukan selama ini.
Dia sangat berharap Allah terima amalan dia yang sedikit cuma .
Sekarang. Dia lah manusia yang paling mengharap, menagih rahmat Tuhan, yg dahulunya dia putus asa terhadap Nya. 
Sekarang, dia sangat mengharap pada cinta Rasulullah yang selama ini dia lupa.

   Nurul
   Hashim's family
   Haji Lias family
   3 Ikhlas
   4 Karomah
   5 Ikhlas
   Warga SAMTTAR
   Warga MITIB.
   Warga SKSM
   Warga KIAS
   Warga SRAKD
   Warga NKI SABK
   Penduduk bumi.

Tolong jangan putus asa dari rahmat Allah boleh tak?
Tolong jangan hentikan perjuangan hijrah ke jalan redha Nya .
Tolong jadi hamba Allah yang kuat.
Tolong diri awak.
Tolong saya.
Sebelum tiba giliran kita menanti dan melalui sakaratul maut itu.
Boleh kita kuat sama-sama tak?


Selawat. Istighfar. Sekarang jugak. Sekarang tau.
Kerana yang pasti, mati itu pasti bagi kita.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (35)



Semoga Allah redha ^ ^

4 comments:

  1. knape 5 ikhlas dihitam kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya Allah, kenapa.

      Cuma, 'dia' yang saya kisahkan di atas itu, telah pergi, meninggalkan dunia ini. Sakaratul maut telah 'dia' lalui. Sekarang, tiba masa kita semua pula menanti. Kita semua, takboleh putus asa dari rahmat Nya sampai mati.

      Delete
    2. ana asiffu jiddan jiddan . jazakaALLAH :)

      Delete
    3. Jgn berputus asa dari rahmat Allah.

      Delete