Nah.

Bismillah.




Nur : aaaa! Azkiya ! tolong aku.. .aku jatuh cinta ! mcm mana niiiiii?!!!! Ya Allah ...

Azkiya buat muka selamba.

Azkiya : Yeke? Alhamdulillah. hehehe.

Azkiya sengih-sengih.

Nur pukul lengan Azkiya dgn buku.

Nur : Itu je? kau tak risau ke aku jatuh cinta? eeeei !

Azkiya memandang tepat pada anak mata Nur. 
Azkiya pegang kedua-dua  belah bahu Nur. Erat.

Azkiya : Cinta itu tidak salah.

Nur hampir nangis. 

Nur : Tapi dgn cinta ni ... aku takut lalai . kau faham tak Azkiya?... Aku takut...

Azkiya : Jadi, cintai Allah kita.

Nur : Tu aku tahu laaa. Tapi macam mana aku nak kawal perasaan aku ni... aku tak mahu lalai. Aku takut...

Azkiya : Cintai Allah kita.
               Bila kita cintai Allah kita, kita akan sentiasa percaya pada Nya. Kita akan percaya yg Dia sentiasa
               menjadi yang paling sayang pada kita dan tidak akan sekalipun menyakiti kita.
               Bila kita percaya pada Nya, kita tidak risau. Bila kita tidak risau, kita buat selamba dan teruskan 
               perjuangan ilmu dan pengislahan diri kita demi Dia. Bila kita cintakan Dia, kita bahagia. Dan hanya 
               mahu semua bahagia dengan cinta Nya. Dan... kita akan menjadi org yang paling yakin bahawa
               kita akan dapat org yg paling hensem dekat dunia ni. Wahaha.
               Dengan cinta Allah itu, kita akan sentiasa menghindarkan diri kita dari maksiat dan elak diri dari  
               menjadi asbab orang lain buat maksiat. Kita akan peroleh kekuatan dengan cinta Allah itu.
               Cinta yang Nur rasa itu, hadiah Allah untuk Nur. Untuk Nur upgrade cinta Nur dan keyakinan Nur 
               pada Allah. Lihat pada hikmah disebalik semua yang berlaku ini Nur. Fighting ! Fighting !!! 

Tiba-tiba, Nur lupa pada cinta si dia. Dan Tiba-tiba juga, jiwa Nur rasa sesak dengan cinta Allah yang terlalu besar di dalam hatinya. Nur tersedu - sedan, bahagia.
Dengan cinta Allah ini, Nur menjadi lebih bersemangat untuk menuntut ilmu. Kerana Nur tahu, bahawa ilmu itu lah nanti yang akan menambah cinta dan kenal Nur pada Allah. 
Nur berazam mahu siapkan homework yang cikgu beri. Nur mahu Allah lihat Nur menjadi rajin kerana Nya. Nur mahu Allah tahu bahawa Nur mahukan cinta Nya. 
Nur bahagia dan yakin dengan cinta Allah ini. Nur percaya takdirnya pasti bahagia. 
Yang paling penting Allah redha.
........................................................................................................................................................
Nota : Maaf kepada yang bertanya pada saya tentang cinta. Saya memang tidak tahu untuk menjawab 
           bagaimana. Yang saya mampu katakan, cintai Allah kita. Wa Allah A'lam. ^ ^
           saya minta maaaaaaaa,af sgt2.


            



Semoga Allah redha ^ ^

1 comment: