Takdir

Bismillah...

ALLAH dan Rasul Nya


Terkadang, kita terlalu takut untuk berhadapan dengan takdir.
Kecewa dengan takdir. Bimbang..resah..gelisah..hiba...
Sehingga kita menjadi hamba Allah yang tidak bersyukur. Hamba Allah yang futur.

Terkadang kita jatuh dan merasakan tidak akan dapat bangun lagi setelah melalui apa yang telah terjadi dalam takdir kita. Kita terlalu bersedih dan kecewa... Kerana ada takdir-takdir yang tidak selari dengan kemahuan kita.

Tanpa memberi ruang dan peluang untuk akal dan hati kita berfikir,
bahawa yang telah menetapkan dan menakdirkan itu adalah Allah kita yang menciptakan kita. Yang Maha Besar. Yang Maha Tahu. Yang Maha Berkuasa. Yang mengharamkan zat Nya daripada menzalimi kita. Yang tahu segala-galanya, baik yang zahir mahupun yang tersembunyi dalam nurani kita. Yang menyayangi kita melebihi apa jua. Yang menjaga kita dulu kini dan selamanya.

Yang menakdirkan perjalanan kita adalah Allah yang telah mengakui bahawa DIA lebih dekat dengan kita berbanding urat leher kita, Yang memberi kasih sayang yang tiada penghujungnya ya'ni abadi . Justeru itu Allah Maha Tahu. Allah lebih tahu akan besar Kasih Sayang Nya buat kita berbanding apa yang pernah kita tahu..

Tatkala seseorang menyayangi, akankah dia menyakiti apa yang dia sayangi?
Justeru Allah kita,  lebih-lebih lagi tidak akan menyakiti kita.

Tugas kita adalah untuk tidak berputus asa dengan luas rahmat Nya dan kemudian nantikanlah saat seluruh kasih sayang Nya buat diri kita terzahir dan terlerai di syurga abadi nanti tiba.

Maka bangkit, bersyukur, beriman dan bertaqwalah dalam meredhai dan meyakini takdir,
takdir kita ... Kerna setiap rencana Nya itu sentiasa terbaik buat setiap hamba tanpa ada satupun yang dizalimi.

Jangan lemah. Ummah perlukan orang-orang yang kuat imannya.
Yakin dengan Allah !





Semoga Allah redha ^ ^

No comments:

Post a Comment