Doa + cinta = Bahagia

Bismillah.
Kita mengambil cinta dari langit.
Lalu menebarkannya di bumi.
Sungguh di syurga, menara-menara cahaya menjulang.
Untuk hati-hati yang mencinta kerana Nya.


Tadi saya melihat seorang manusia menangis.
Meninggikan tangan dalam kerendahan hati memohon pertolongan Allah untuk ummah yang teluka.
Kerana ummat islam seluruhnya bersaudara.
 Dan yang saya lihat, alam dan seisinya seperti turut mengaminkan doanya. 
Subuh tadi begitu hening. Menyucuk kalbu.

Sedikit perkongsian.

‎" Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan ".




Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
 "Tidaklah seorang muslim berdoa kepada Allah subhanahu wa ta'ala, dengan permintaan yang didalamnya tidak terdapat dosa atau pemutusan silaturrahim, kecuali Allah subhanahu wa ta'ala pasti memberikan kepadanya, karena doa itu, salah satu dari tiga hal :



1]. Boleh jadi Allah subhanahu wa ta'ala segera mengabulkannya doa itu.


2]. Allah subhanahu wata'ala menyimpan doa untuknya di akhirat.


3]. Allah subhanahu wata'ala menghindarkannya dari keburukan yang
      sebanding doanya ".
                                          

Para Shahabat berkata 
"Jika demikian, kami akan memperbanyak (doa).
Beliau bersabda :
"Allah subhanahu wata'ala lebih memperbanyak lagi (pemberian-Nya).

[ Hadits Riwayat At Tirmidzi 5/556 dan 5/462, Ahmad 3/18 ]







Semoga Allah redha ^ ^

2 comments:

  1. ske ayat nie~

    "Kita mengambil cinta dari langit.
    Lalu menebarkannya di bumi.
    Sungguh di syurga, menara-menara cahaya menjulang.
    Untuk hati-hati yang mencinta kerana Nya."

    ~mari kita tebarkan cinta ikhlas,sling berkasih syg kerana Allah...salam ukhuwah fillah ya ukhti :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhwah fillah ukhti~
      Walaupun tidak pernah betemu. Saya menyayangimu.
      Kerana kita bersaudara walau wujudnya antara kita.
      Yang bernama sempadan negeri. :')

      Delete