Lelaki agung itu

Bismillah...



Lelaki agung itu mengajar kita... untuk mentaati ibu dan ayah...
Meski bagaimanapun sikap ibu dan ayahmu, mereka berhak ke atas ketaatanmu.
Selagimana arahan mereka tidak menyalahi syara'... Rendahkanlah hati kemudian taat.
Jika bercanggah fikiran mu dengan pendapat mereka, bermusyawarahlah dengan kerendahan kemudian pasrah dan taat...
Belajar dan terus belajar bagaimana untuk membahagiakan mereka. Berlemah lembut dengan mereka. Menawan hati mereka dengan kesolehanmu. Pujuk mereka bersamamu ke syurga dengan akhlak...
Jika hatimu tidak juga mampu berakhlak kepada mereka... pohonlah bantuan ALLAH untuk melunakkan kerasnya hatimu... kerna tiada ahli syurga yang berkeras lagi derhaka terhadap ibu dan ayah mereka.
Jika tidak mampu menyayangi mereka dengan alasan mereka sering kasar dan berkeras denganmu,
maka kerana ALLAH semata, usahakanlah sayang itu. Usaha selagi jasadmu bernyawa.
Kerana... Muhammad ibnu Abdullah itu menyampaikan risalah ALLAH... agar kita menyantuni ibu dan ayah.

ALLAH dan Lelaki agung itu, tidakkah engkau rindu?




Semoga Allah redha ^ ^

2 comments: