Menjejak Cinta Utama...

Bismillah...



Antara waktu yang paling dirindui ketika program di Putrajaya itu... adalah waktu makan.
Kami membentuk bulatan. Di tengah kami ada talam. Bersama lauk pauk yang sederhana. Sebelum makan, doa kami aminkan bersama. Kami sentiasa diingatkan untuk menyuap sahabat di kanan yg pertama, kemudian menyuap sahabat di kiri, suapan seterusnya untuk diri sendiri. Saat itu kami tertawa. Gelagat suap menyuap ini lucu-lucu belaka. Semua wajah tersenyum ceria. Masalah di kepala semuanya sirna... Kami hadir dari latar sekolah yang berbeza. Namun di situ terpaut erat sebuah rasa. Rasa ingin bersama ke syurga. Rasa kuat untuk meneruskan perjuangan bersama. Subhana ALLAH...Indah sungguh rasanya berjamaah. Indah nian hikmah mengamalkan sunnah. Dan kini masa itu sudah jauh berlalu... Menggamit sebuah rindu... Ya ALLAH pelihara dan berkatilah semuanya...

Di sebalik makan berjamaah ini, ada Cinta. Bukan sekadar menguatkan cinta sesama manusia bahkan wujud cinta yang lebih besar dan utama. Cinta ALLAH dan Rasul Nya. Beginilah makan secara sunnah. Makan beramai-ramai berkongsi talam, suapan pertama dan kedua untuk sahabat , menggunakan tangan kanan, duduk ikut cara Rasulullah. Caranya ringkas, kesannya cukup membekas.Yang jauh terasa dekat. Yang renggang bertambah erat.

Di saat kamu makan, mungkin air mata akan mengalir bersama. Kerna ketika makan, kamu tahu kamu dan sahabat yang kamu sayangi sedang meniru peribadi seorang manusia agung yang amat kamu cintai bahkan rindui, iaitu Rasulullah...

Hanya yang mencintai nabi akan bahagia mengikuti sunnah baginda. Mengikuti sunnah Rasulullah pula adalah ketaatan kepada ALLAH, Pencipta kita.


Jom ikut sunnah, menjejak Cinta Utama ^_^




Semoga Allah redha ^ ^

No comments:

Post a Comment