sungguh -2

Bismillah

Sambungan kisah sebelumnya




Malam itu, Irsyad duduk di atas jalan, di kawasan luas hadapan dewan sekolah. Beratapkan awan gemawan yg bertatahkan bulan nan malu dan juga bintang yg bukan cuma satu.

Irsyad bertafakur. Sendirian. Kelopak matanya sudah berair. Hatinya sendu. Tergamit-gamit fitrah yang rindu .

Sungguh,
Irsyad rindu.. Irsyad rindu perintah-perintah Allah ditaati, sunnah-sunnah Rasulullah ditegakkan di bumi gersang ini. Biar cinta Allah dapat dia rasa di setiap tempat dan waktu, wujud dalam setiap jiwa yang dia temu.
Agar tidak lagi, dia melihat siapa siapa pun sakit-sakit lagi.

Allah... Sungguh Engkau Maha Tahu!

Irsyad lelap kelelahan di situ.

--------

Tiba-tiba..
Bahu Irsyad disentuh. Irsyad terkejut!

Seekor kucing kini di hadapan Irsyad.
Merenung Irsyad dalam -dalam.

Irsyad berpeluh, ketakutan. Kucing apa ini.. ????!

Kucing itu membuka mulut lalu berkata lantas membuat Irsyad terkaku seketika.

"umat Islam perlu kuat! Mengapa lelap dan lelah sahaja! Bangkit dengan keimanan segera! "

Kucing itu terus berlalu meninggalkan Irsyad seorang diri di kegelapan malam.

Air mata Irsyad menitis. Tidak dapat ditahan-tahan lagi.

Tiba masa kini, aku bangkit dari lelah ini.
Seru hati Irsyad.

Irsyad bingkas bangun dengan deraian air mata, berwudhu, lantas menunaikan solat sunat tahajjud di bawah cahaya rembulan. Berdoa dan berdoa, moga Allah Pelihara ummah ini, sembuh kan hatinya..

Krik Krik..
Cengkerik mengintai di celahan daun rumput. Melihat Irsyad berjaga semata kerana Allah malam nan dingin ini, membuat kan cengkerik turut bahagia sama. Gembira sampai terketawa -terketawa cengkerik. Cengkerik doa, ya Allah berkatilah Irsyad..




Semoga Allah redha ^ ^

No comments:

Post a Comment